seismik

HUAWEI Kongsi 3 Idea 'Dating' Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives Bersama Si Dia!

Best-nya kalau dapat pergi Maldives.

Cover image via Farouq Johari

Tak kiralah pasangan yang dah berkahwin atau masih bercinta, peluang keluar temu janji bersama adalah saat yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dengan si dia

Bagi yang dah lama bersama, tak mustahil ada yang dah kehabisan idea untuk buat si dia happy. Haa.. masih tercari-cari idea baru untuk menggembirakan si dia saat keluar bersama? Jangan risau sebab kami ada beberapa cadangan aktiviti best yang korang boleh cuba waktu temu janji akan datang!

1. Boleh cuba aktiviti bouldering dengan si dia

Hm.. takkan setiap kali dating asyik nak ajak candlelit dinner je? Bosanlah! Apa kata kali ni korang buat kelainan sikit dengan mencuba aktiviti bouldering pulak. Kalau korang nak tahu, bouldering ni adalah salah satu aktiviti riadah seakan-akan sama dengan aktiviti rock climbing. Apa yang membezakannya ialah bouldering tak menggunakan tali abah-abah.

Image via Harian Metro

Di Malaysia, terdapat beberapa tempat bouldering yang korang boleh cuba seperti Bump Bouldering dan Camp 5. Kami yakin aktiviti lasak seperti ini sangat best dan pada masa yang sama korang boleh mengenali pasangan dari sudut berbeza. Apa yang pasti, badan pun sihat!

2. Berkhemah pun sweet!

Sibuk dengan kerja dan letih dengan komitmen harian pun boleh jadi punca hubungan dengan pasangan semakin renggang. Sebaiknya, korang rehatkan minda seketika dari kesibukan di bandar dan cuba nikmati keindahan alam semula jadi.

Ya, pergi berkhemah bersama pasangan dah tentu berikan pengalaman yang berbeza. Korang bayangkanlah bermula dari memasang khemah hinggalah masak bersama-sama. Sweet! Eh, jangan lupa untuk rancang percutian dengan baik dan bawa alatan serta pakaian yang mencukupi.

Image via Farouq Johari

Tapi kalau korang atau pasangan jenis yang tak suka aktiviti mencabar, boleh juga try glamping di mana korang dan pasangan boleh berehat dalam khemah yang selesa dilengkapi dengan tilam, penghawa dingin atau kipas serta ada kemudahan untuk mandi.

3. Ajak kawan joindouble date

Kadang-kadang bila asyik dating berdua pun boleh jadi bosan sampai tak tahu nak berbual apa. So, tak salah kalau temu janji akan datang korang ajak kawan baik korang dan pasangan mereka untuk double date.

Ada banyak aktiviti berkumpulan yang korang boleh lakukan bersama. Contohnya, buat potluck atau berkelah dekat tasik. Kami yakin double date ni boleh jadi pengalaman manis yang lebih luar biasa untuk korang dan pasangan sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan.

Jangan lupa bawa gajet sebagai pelengkap temu janji

Kalau korang nak tahu, HUAWEI baru-baru ini ada melancarkan beberapa gajet inovatif yang mampu menjadikan temu janji korang bersama pasangan lebih seronok dan bermakna.

Sebagai contoh, jam pintar HUAWEI GT 2 membolehkan korang dan pasangan memantau tahap kecergasan dan kesihatan ketika melakukan aktiviti sukan atau lasak. Dengan adanya jam pintar HUAWEI GT 2 ni siap ditemani si dia yang tersayang, confirm korang akan lebih semangat untuk bersukan!

Image via HUAWEI

Bukan setakat jam pintar je, HUAWEI juga ada telefon pintar terbaru yang membolehkan korang dan pasangan mengambil gambar kenangan dengan kualiti terbaik walaupun dalam keadaan gelap.

Ya, kemunculan peranti HUAWEI nova 7i yang dilengkapi teknologi Super Low Light Selfie confirm bikin gambar romantis bersama si dia dapat dirakam dengan sempurna.

Image via HUAWEI

Pendek kata kalau ada telefon pintar nova 7i, korang tak perlu susah hati pasal gambar tak cantik atau terlalu gelap. Peranti HUAWEI nova 7i ni juga dilengkapi fungsi Pro Mode yang menjanjikan gambar yang diambil confirm cantik dan boleh dikongsi terus bersama rakan-rakan di Instagram. Tak payah nak edit lagi!

Lepas dah ambil gambar banyak-banyak korang mesti nak simpan dan tengok semula gambar tu kan? Sebab tu jangan lupa bawa HUAWEI MateBook D 15 yang mempunyai fungsi Multiscreen Collaboration dan ia membolehkan korang menonton video dan melihat gambar di skrin yang besar, bersaiz 15.6 inci.

Image via HUAWEI

MateBook D 15 ni juga sangat sesuai untuk korang tengok movie bersama yang tersayang sebab ia amat ringan iaitu  seberat 1.53 kg je. Senang cakap MateBook D 15 ni boleh dibawa kemana saja.

HUAWEI janjikan temu janji lebih romantis

Apa pun tak kiralah macam mana korang dan pasangan bertemu janji, sama ada makan malam di restoran mewah atau dinner berbumbungkan bintang-bintang di langit, kami yakin temu janji korang akan jadi lebih indah dan manis dengan adanya cinta dan sayang juga kesetiaan korang bersama HUAWEI.

Sempena meraikan Hari Kekasih 2020, HUAWEI bukan saja buka tempahan awal untuk telefon pintar nova 7i, tapi ada banyak lagi produk baharu yang mula berada di pasaran hari ini! Ini antara produk HUAWEI yang korang wajib rebut:

  • HUAWEI nova 5T Crush Green – RM1,399
  • HUAWEI MateBook D 15 (8GB+256GB) RM2,299
  • HUAWEI Y7P RM699
  • HUAWEI FreeBuds 3 Red RM679
  • HUAWEI WatchGT2 42mm Rose Gold RM89

Paling best, HUAWEI juga menawarkan pakej yang sesuai untuk korang dan pasangan. Pakej ini membolehkan korang pilih peranti mengikut keperluan serta minat yang berbeza seperti pakej Kecergasan Pintar, Peneman Bercuti, Matlamat Belajar & Pintar Belajar.

Image via HUAWEI

Korang wajib langgan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE ni sebab HUAWEI menawarkan 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan sehingga 12 bulan serendah RM4.87 sehari*!

Kejutkan si dia dengan percutian romantis ke Maldives!

Image via HUAWEI

Jangan lupa rebut peluang untuk MENANG 3 pasang baucar percutian ke Maldives bernilai sehingga RM36,000! Cara nak menang pun mudah je. Korang kena beli mana-mana produk HUAWEI terpilih bermula 10 Februari hingga 16 Februari 2020. Kemudian scan QR Code, jawab satu soalan mudah dan lengkapkan butiran diri beserta resit pembelian. Pemenang akan diumumkan pada 14 Mac 2020 di Facebook HUAWEI!

Image via HUAWEI

Apa pun, inilah masa terbaik untuk korang buat tempahan awal HUAWEI nova 7i sebab korang boleh dapat hadiah HUAWEI Band 4 secara PERCUMA. Confirm si dia lagi gembira dan cair dengan korang tau!

Korang boleh buat tempahan awal untuk HUAWEI nova 7i ini melalui HUAWEI Online Store atau mana-mana kedai flagship rasmi HUAWEI. Tawaran untuk pelan ansuran HUAWEI nova 7i pula hanya akan bermula pada 22 Februari 2020 nanti.

Sebarang maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang HUAWEI atau kunjungi Facebook HUAWEI.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Geramnya tengok HUAWEI nova 7i ni!

You may be interested in: