seismik

Daun Yang Kita Guna Sejak Bertahun Lamanya Ini Bakal Jadi Trend Masakan Terbaru Di US & UK

Harum!

Cover image via keluarga.my

Penggunaan daun pandan dalam penyediaan makanan bukanlah sesuatu yang baru buat masyarakat Asia terutamanya negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia

Daun pandan memang sering digunakan dalam penyediaan makanan dan kuih-muih tradisional contohnya Nasi Lemak Pandan, kuih tako, tepung pelita, onde-onde dan sebagainya. 

Nasi Lemak Pandan

Image via dielacraft.blogspot.my

Ini kerana daun pandan memberikan bau yang harum di samping mempunyai beberapa kelebihan dari segi kesihatan.

Kuih Tako

Image via happyflour.blogspot.my

Tetapi tahukah anda penggunaan daun pandan kini semakin mendapat tempat di Amerika dan UK?

Perkara itu telah dinyatakan oleh seorang chef selebriti terkenal, Nigella Lawson dalam laporan The Times  baru-baru ini.

Katanya daun tersebut semakin mendapat di hati suri rumah dan pemilik-pemilik restoran di sana yang menggantikannya dengan penggunaan matcha (teh hijau).

Nigella Lawson

Image via www.tmcentertainment.co.uk

“Saya dapat rasakan ia bakal menjadi satu lagi bahan semulajadi yang digemari ramai dan menggantikan matcha (teh hijau) yang kini sudah pun popular. Saya mungkin silap tapi daun pandan memang sesuatu yang sangat menarik perhatian kami.

"Saya tidak tahu di mana ia dijual di negara ini, ia bukan di Waitrose (pasar raya terkenal British) tetapi saya lihat sudah ramai orang di Amerika membakar kek dan sebagainya dengan menggunakan pati pandan yang berasal dari daun," katanya.

Menurut laporan The Indipendent, sebelum ini Nigella pernah menjadi trendsetter kerana menyebabkan jualan buah avokado meningkat sebanyak 30% selepas beliau berkongsi tentang buah ini dalam satu rancangan TV.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: