DBKL Wujudkan Permit RM30 Satu Meja Untuk Letak Di Kaki Lima
Difahamkan, penambahbaikan ini akan membantu menyeragamkan proses, syarat dan pelaksanaan penguatkuasaan di peringkat cawangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal melaksanakan tiga penambahbaikan bagi memudahkan urusan peniaga dan salah satunya adalah mewujudkan permit meja dan kerusi di kaki lima
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, bayaran permit akan ditetapkan pada kadar RM30 sebulan bagi setiap set meja dan kerusi.
"Permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan DBKL mengikut kawasan Parlimen masing-masing dan akan dipertimbangkan berdasarkan kesesuaian lokasi serta kelebaran kaki lima.
"Sebarang kelulusan tertakluk kepada syarat bahawa laluan pejalan kaki, pengguna kerusi roda serta akses bagi operasi kecemasan tidak terhalang," menurut kenyataan itu.
Peraturan terdahulu menetapkan pengusaha restoran dan kafe perlu membayar RM20 hingga RM50 bagi setiap meja sebulan serta deposit keselamatan sehingga RM10,000, bergantung kepada bilangan meja lapor Free Malaysia Today.

Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh (kanan).
Image via Hannah YeohDua lagi penambahbaikan adalah melibatkan permit kerja kecil dan pembukaan semula premis selepas tindakan kebersihan
"Bagi kerja kecil seperti pertukaran jubin atau siling yang tidak melibatkan perubahan kepada struktur bangunan, pemohon hanya perlu mengisi borang dan membuat pemakluman kepada DBKL," kata Yeoh.
Difahamkan, penambahbaikan ini bertujuan mempercepatkan proses permohonan bagi kerja yang berisiko rendah tanpa menjejaskan keperluan pematuhan dan keselamatan.
Premis yang diarahkan tutup atas faktor kebersihan pula boleh dipertimbangkan untuk dibuka semula seawal 24 jam selepas tindakan pembersihan dilaksanakan dengan sempurna.
"Walau bagaimanapun, pembukaan semula bukan secara automatik dan hanya dibenarkan selepas pemeriksaan serta pengesahan DBKL bahawa semua keperluan kebersihan dan keselamatan makanan telah dipenuhi," katanya.
Menurut Yeoh, penambahbaikan yang akan dilaksanakan ini terpakai kepada semua peniaga yang memenuhi syarat ditetapkan tanpa mengira latar belakang atau jenis premis.
Lihat kenyataan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via