Debu Letusan Gunung Toba Rupanya Pernah Sampai Malaysia, Tinggalkan Deposit Setebal 3.5 Meter

Tinggalan debu gunung berapi berkenaan masih boleh ditemui sehingga hari ini di beberapa kawasan di Padang Sanai, Kedah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Traveloka

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau selama ini kita sangka debu gunung berapi hanya berlegar di kawasan berhampiran gunung yang meletus, rupanya tidak

Menurut laporan Kosmo!, bukti geologi menunjukkan debu daripada letusan terbesar Danau Toba di Sumatera, Indonesia, pernah tersebar hingga ke Malaysia kira-kira 74,000 tahun lalu.

Malah, tinggalan debu gunung berapi berkenaan masih boleh ditemui sehingga hari ini di beberapa kawasan di Padang Sanai, Kedah.

Antara lokasi yang mempunyai deposit paling jelas ialah di tanah milik seorang penduduk Kampung Padang Nyior, Abdul Halim Jusoh, 78.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Menurut Abdul Halim, kawasan berkenaan telah digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah: Debu Gunung Berapi sekitar 2015.

"Saya terkejut bila diberitahu ia adalah debu gunung berapi setelah ada pegawai yang datang berkunjung dan memasang papan pemakluman," katanya.

Katanya, penduduk sebelum ini mengenali bahan berkenaan sebagai 'batu pong' dan tidak menyangka ia sebenarnya merupakan tinggalan daripada letusan gunung berapi purba.

Lebih menarik, deposit tersebut bukan sekadar nipis seperti lapisan debu biasa

Berdasarkan maklumat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, ketebalan deposit yang ditemui di kawasan berkenaan adalah antara 1.3 hingga 3.5 meter

Debu itu mempunyai tekstur berbeza daripada batu lumpur, lebih ringan, berwarna putih hingga kelabu cerah serta mempunyai saiz halus hingga sederhana dan berkaca.

Selain Kampung Padang Nyior, sebaran debu gunung berapi turut direkodkan di beberapa kawasan lain seperti Kampung Padang Chenerai, Kampung Kubang Palas, Kampung Baru Padang Sanai, Kampung Padang Sanai Seberang, Kampung Pisang, Kampung Pok Ka, Kampung Ulu, Kampung Padang Gelanggang dan Kampung Tanjung Seberang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Deposit sama turut dikesan di Kota Tampan, Lenggong dan Kampung Temong, Kuala Kangsar, Perak.

Menurut Abdul Halim, selepas kawasan itu diiktiraf sebagai tapak geowarisan, pernah ada pelancong datang untuk melihat sendiri tinggalan debu gunung berapi berkenaan.

Bagaimanapun, kawasan itu kini kurang terjaga. Dia juga tidak keberatan sekiranya pihak berkaitan mahu menaik taraf tapak tersebut supaya lebih sesuai dijadikan lokasi lawatan dan pembelajaran.

Menariknya, Abdul Halim berkata terdapat beberapa lagi kawasan di tanah miliknya yang dipercayai mengandungi deposit debu berkenaan.

Malah, tanaman yang ditanam di kawasan tersebut juga dikatakan tumbuh dengan subur.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: