Denda RM1,000 Jika Guna 'Broken' Bahasa Malaysia Termasuk Iklan Dalam Talian

Ini adalah untuk mendidik orang ramai untuk menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul, di mana sahaja, termasuk di Internet, untuk mencegah pencemaran bahasa.

  • Cover image via NST

Sesiapa yang didapati menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul, termasuk iklan dalam talian, bakal didenda sehingga RM1,000, sekiranya pindaan kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 diluluskan di Parlimen

Akhbar Bahasa Cina, Nanyang Siang Pau, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai tetapi tidak disebut namanya, memberitahu langkah yang dikuatkuasakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah dipersetujui secara prinsip oleh Putrajaya.

Menurut sumber, cadangan itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi

Image via NST

Sekiranya ada perjanjian, Kementerian Pendidikan akan membentangkan pindaan tersebut untuk membolehkan DBP menguatkuasakan denda itu.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah DBP Abdul Adzis Abas berkata kerajaan telah memberi kuasa kepada DBP untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan penggunaan Bahasa Malaysia.

Ini adalah untuk mendidik orang ramai untuk menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul, di mana sahaja, termasuk di Internet, untuk mencegah pencemaran bahasa.

Abdul Adzis berkata walaupun DBP mempunyai kuasa untuk mengenakan denda, agensi itu akan menasihatkan dan membetulkan kesalahan Bahasa Malaysia dahulu, tanpa mengambil langkah-langkah penguatkuasaan yang ketat

Ketua Pengarah DBP Abdul Adzis Abas.

Image via dbp.my

"Ketika ini, DBP menasihatkan individu-indibidu yang menggunakan Bahasa Malaysia yang salah pada notis dan iklan awam. Kami tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana permit iklan diluluskan oleh majlis-majlis tempatan," katanya sambil menambah bahawa sebarang pertanyaan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan yang betul boleh dikemukakan kepada DBP.

Pada 12 Nov, Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid mendedahkan bahawa kementeriannya akan bertindak sebagai sekretariat jawatankuasa kabinet untuk memperkasa penggunaan Bahasa Malaysia, yang dipengerusikan oleh Zahid.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment