seismik

"Dengan CGPA 3.92 Dan Keputusan 4A, Saya Gagal Terima Tawaran Dari 4 Universiti Pilihan"

Lain yang dihajati, lain yang didapati.

Cover image via Twitter @huimingpool | Cikgu Ayu dot my

Ng Hui Ming, pelajar SMK King Edward VII di Perak mendapat keputusan cemerlang 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan CGPA 3.92

Ng Hui Ming

Image via Twitter @huimingpool

Ng menghantar permohonan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, dengan harapan beliau akan diterima masuk ke dalam salah satu daripada empat universiti pilihannya.

Dalam satu bebenang di Twitter, Ng menceritakan pengalamannya secara terperinci

Menurut Ng, dia yang datang dari keluarga sederhana tidak mempunyai pilihan selain memasuki Form 6 kerana ibu bapanya tidak mampu untuk membiayai yuran kolej yang tinggi.

Berbekalkan keputusan cemerlang, Ng menyangka dia tidak jauh dari matlamatnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang

Ng menyenaraikan enam universiti pilihan iaitu:

1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3. Universiti Malaya (UM)
4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5. Universiti Utara Malaysia (UUM)
6. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Kemudian, dia diberitahu bahawa pelajar berbangsa Cina tidak dibenarkan memohon untuk memasuki UiTM dan UIAM semasa permohonan UPU.

Meskipun begitu, Ng tetap percaya dia layak menerima tawaran dari salah sebuah universiti pilihannya.

Malangnya, Ng hanya mendapat tawaran sambung belajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah

"Saya hairan, kenapa seorang pelajar yang begitu berusaha untuk mencapai impiannya tidak menerima layanan yang adil daripada Kementerian Pendidikan?

"Kita sebagai pelajar sering diberitahu bahawa pendidikan boleh mengubah nasib kita. Namun saya sedar meskipun saya dapat keputusan yang cemerlang, nasib saya masih sama, pilihan saya masih terhad," tulisnya.

"Saya boleh akur dengan keputusan ini, tapi saya berharap agar Dr Maszlee Malik dapat memberi saya harapan sepertimana yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Peluang untuk kecapi impian adalah amat penting bagi saya," tulis Ng lagi.

Selepas menerima lebih 10,000 retweets, ahli politik seperti Dr Maszlee dan ketua strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Rais Hussin mula memberi respon

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut menyeru Ketua Penerangan Armada, Ulya Husamudin dan ahli biro pendidikan Abdul Hannaan Khairy untuk bertindak ke atas kes ini.

Syed Saddiq berpendapat bahawa kes seumpana ini tidak sepatutnya terjadi lagi.

Baca perkongsian penuh Ng di bawah:



LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mungkinkah nasib tidak menyebelahi Ng kerana dia tiada soft skill yang bagus?

Baca juga tentang #TipsMasukU DI SINI:

You may be interested in: