[SHARE] Kanak-Kanak 2 Tahun Derita Sakit Jantung & Perlu RM60,000 Untuk Kos Pembedahan
Setiap kali Muhammad Adam menangis, bibir dan kukunya akan menjadi kebiruan yang juga tanda masalah jantung.
Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Adam Mat Jusoh, dua tahun kini menderita kerana menghidap sakit jantung
Muhammad Adam menghadapi masalah dua lubang di jantungnya dan saluran paru-paru tersumbat. Kedua-dua penyakit ini memerlukan pihak hospital untuk melakukan pembedahan secepat mungkin ke atasnya.
Namun begitu, menurut laporan, pembedahan tersebut akan memakan kos sebanyak RM60,000 untuk ditampung oleh keluarganya.
Ibu Muhammad Adam iaitu Siti Zahirah Deraman, 32, berkata bahawa keadaan kesihatan Muhammad Adam sudah diketahui olehnya sejak lahir di Kelantan.
Namun, pembedahan segera tidak boleh dijalankan kerana Adam sering diserang penyakit demam panas dan kekurangan oksigen.
Doktor pakar di hospital Kelantan telah mengaturkan Muhammad Adam untuk menjalani pembedahan di hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Sebelum itu, pihak hospital di Kelantan turut menyumbangkan wang ringgit sebanyak RM200 sebagai duit tambang untuk mereka sekeluarga ke Kuala Lumpur. Ini kerana bapa Muhammad Adam, Mat Jusoh Mohamed, 49, hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan sebanyak RM400 sebulan sahaja.
Sumbangan tambang yang diberikan itu sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan beban mereka untuk menguruskan Muhammad Adam.
Setiap kali Muhammad Adam menangis, bibir dan kukunya akan menjadi kebiruan yang juga merupakan salah satu tanda masalah jantung, kata ibunya
Ibunya turut menjelaskan bahawa kini berat badan Muhammad Adam adalah 10kg namun selera makannya meningkat dan sentiasa aktif. Perkara itu membuatkan kedua-dua ibu bapa Muhammad Adam mampu untuk menarik nafas lega.
NOTA: Jika anda ingin menghulurkan bantuan kepada Muhammad Adam bagi meringankan beban keluarganya, boleh salurkan sumbangan tersebut menerusi:
Media Prima-NSTP Humanitarian Fund ke akaun Maybank 5141-0532-3170. Untuk cek pula, anda boleh tulis nama pesakit di belakang cek dan hantar ke alamat: Media Prima Bhd, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.