seismik

#OnlyInChina: Lelaki Boleh Derma Air Mani Untuk Beli iPhone 6S. Serius Tak Tipu

Benda-benda macam ni orang China je boleh buat.

Cover image via SAYS

Berdepan dengan masalah kekurangan penderma sperma, bank sperma di China mempunyai satu helah baru pemasaran:

'Derma sperma dan dapat iPhone 6S'

Ya, lebih kurang begitulah. Sebab bayaran kepada penderma kini telah meningkat sehingga 6,000 Yuan (RM3,993) yang mana jumlah itu memang cukup untuk beli iPhone 6S Plus berkapasiti 64GB yang baru.

Menurut Tech Radar harga bagi iPhone 6S Plus dengan kapasiti 64GB adalah 849 US Dollar (RM3591).

iPhone 6S Plus (kiri) dan iPhone 6S.

Image via www.techradar.com

Difahamkan, beberapa bank sperma memaparkan gambar iPhone dengan jelas dalam risalah dan iklan surat akhbar mereka, dengan harapan untuk menarik lebih perhatian orang ramai yang sememangnya obses dengan iPhone

Hospital Renji di Shanghai.

Image via mp.weixin.qq.com

Sebagai contoh, Hospital Renji di Shanghai mula mengedarkan risalah digital pada aplikasi WeChat, menawarkan 6,000 Yuan untuk sumbangan 40 mililiter sperma, serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Ia juga menyatakan bahawa lelaki boleh menderma dalam beberapa sesi sepanjang tempoh enam bulan, memandangkan satu sesi biasanya akan menghasilkan antara 2 mililiter hingga 6 mililiter sampel sahaja.

Sebuah bank sperma di Jiangsu pula menawarkan 5,000 Yuan dan jumlah ini dikatakan telah dinaikkan dari 3,500 Yuan menurut sekumpulan blogger.

Manakala bank sperma di wilayah Hubei memilih cara pemasaran yang lebih sarkastik dengan menyatakan:

'Anda tak perlu jual buah pinggang untuk beli iPhone 6S.'

Salah satu iklan digital yang disebarkan di WeChat selepas diterjemah oleh Google.

Image via mp.weixin.qq.com

"Jual buah pinggang" adalah merujuk kepada beberapa kes pada masa lalu di mana penduduk di China sanggup menderma organ itu semata-mata untuk memiliki iPhone

Xiao Zheng dilapor telah melakukan pembedahan secara haram untuk menderma organ buah pinggang.

Image via www.bbc.com

Pada tahun 2011, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari wilayah Hunan sanggup mendermakan satu set buah pinggangnya untuk peranti Apple. Jual buah pinggang, atau "maishen" telah menjadi satu catchphrase paling popular di China yang merujuk kepada kesanggupan orang ramai dalam melakukan apa sahaja untuk memiliki iPhone kegilaan mereka.

Iklan bank sperma ini walau bagaimanapun telah mencetuskan kontroversi di media sosial, tetapi nampaknya, ia berjaya menarik perhatian orang ramai

Kedai Apple di Shanghai, China.

Image via time.com

Dalam satu tinjauan dari pengguna media sosial versi China, Sina Weibo, kira-kira 20% tidak bersetuju dengan gaya pengiklanan berkenaan, manakala 27% menyatakan mereka akan sanggup menderma serta-merta untuk menjadi antara yang pertama membeli iPhone 6S.

Lebih menarik, pihak hospital juga dikatakan turut menyediakan bilik khas lengkap dengan pelincir, sinki, kerusi selesa dan set TV yang menayangkan filem lucah bagi merangsang nafsu si penderma serta memudahkan urusan mereka mengeluarkan air mani

Bilik khas yang disediakan oleh Hospital Renji.

Image via mashable.com

Bilik menderma ini turut menyediakan kerusi sofa berwarna biru bagi meningkatkan mood.

Image via mashable.com

Amacam, OK ke tak OK?

Image via tumblr.com

Apa lagi yang orang China sanggup lakukan demi iPhone?

Kami ada banyak lagi koleksi artikel #OnlyInChina yang pelik-pelik:

You may be interested in: