Derma Organ & Tisu Selamatkan Lima Nyawa, Allahyarhamah Hajah Normah Diberi Penghormatan ‘Walk Of Honour’

MashaAllah, besar pahala arwah.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemergian Allahyarhamah Puan Hajah Normah baru-baru ini bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada keluarga dan kenalan, malah menyentuh hati ramai apabila arwah sempat menghadiahkan sinar baharu kepada lima individu yang memerlukan melalui pendermaan organ dan tisu

Menerusi perkongsian video oleh Hospital Sungai Buloh, Allahyarhamah menjalani prosedur pendermaan organ dan tisu pada 21 Jun lalu sebelum diberikan penghormatan khas 'Walk of Honour' oleh para petugas kesihatan.

Dalam suasana penuh hiba, arwah diiringi sambil diusung di atas katil dengan barisan petugas perubatan berdiri memberi penghormatan terakhir sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan murninya.

"Sekalung penghargaan buat ahli keluarga arwah atas keredaan ini, serta seluruh pasukan pakar bedah dari Hospital Sungai Buloh dan Universiti Malaya yang bertungkus-lumus menjayakan misi murni ini.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,"
menurut kenyataan dikongsikan hospital berkenaan.

Tindakan mulia Allahyarhamah itu mendapat perhatian ramai yang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah dan doa buat arwah

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya yang menyifatkan jasa dan pengorbanan Allahyarhamah sebagai satu amalan yang terus mengalir walaupun selepas pemergiannya.

Malah, beberapa individu turut berkongsi bahawa Allahyarhamah merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam bidang Sains Geomatik, Fakulti Alam Bina serta dikenali sebagai juruukur wanita pertama di Malaysia.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: