Dibuat Oleh Banduan, Karipap Penjara Kajang Kini Jadi Rebutan Ramai

Penjara Kajang turut menjual produk makanan lain seperti murtabak, donat dan banyak lagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & @vzlind__ (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjara Kajang secara tidak diduga telah menjadi destinasi pencarian produk makanan sejuk beku pilihan ramai

Dan antara yang jadi permintaan ramai ialah produk karipap frozen yang dibuat sendiri oleh banduan-banduan di penjara tersebut.

Menerusi sebuah hantaran yang tular di Threads baru-baru ini, seorang pengguna bertanya kepada akaun rasmi Jabatan Penjara sama ada orang awam boleh masuk ke Penjara Kajang untuk membeli karipap terkenal itu.

"Nak tanya @jabatanpenjaramalaysia. Boleh ke nak walkin Penjara Kajang sebab nak beli karipap? Ke kena ada appoitment ke apa? Tolong jawab" soal pengguna Threads @kikinnnb_ menerusi hantarannya.

SAYS.com
Image via @vzlind__ (Threads)

Penjara Kajang mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menyokong produk-produk yang dikeluarkan

Jabatan Penjara menjawab bahawa orang awam sememangnya boleh memasuki kawasan penjara dan memaklumkan kepada pengawal tujuan ingin ke Prismart Prison Kajang bagi mendapatkan karipap daging kambing.

Pihak penjara turut menyatakan pelawat boleh singgah ke Galeri Jualan My Pride untuk membeli barangan hasil tangan banduan seperti kain batik, songket tenunan dan makanan sejuk beku.

"Kalau karipap tu sedap jangan share-share tau takut tak cukup," tambah @jabatanpenjaramalaysia berseloroh.

SAYS.com
Image via @ohhoneyif (Threads)
SAYS.com
Image via EL!nFaR!Zza/Google

Galeri Jualan My Pride menjual pelbagai barangan buatan banduan di seluruh Malaysia sebagai sebahagian daripada program pemulihan dan latihan vokasional

Selain produk karipap yang terkenal, pengunjung juga boleh mendapatkan produk sejuk beku seperti cucur badak, kuih raya tradisional, sos, barangan membuat kek dan kuih, kain batik dan produk songket tenunan.

Menurut pengguna TikTok @yarafaee, antara hidangan musim perayaan yang paling laris merupakan tart nanas dan semperit, dengan harga dilaporkan bermula dari RM15.

Difahamkan, sebarang keuntungan tambahan daripada jualan kadangkala akan digunakan untuk menjamu penghuni penjara dengan hidangan yang lebih baik.

Alamat
1. Prismart
Prismart Penjara,
43000 Kajang, Selangor

2. Galeri Jualan My Pride (Galeri Jualan Produk My Pride)
Seksyen Vokasional & Industri,
Bahagian Pengurusan Banduan,
43000 Kajang, Selangor

Kedua-dua lokasi ini berada kira-kira satu minit dalam jarak memandu atau enam minit berjalan kaki antara satu sama lain.

SAYS.com
Image via @yarafaee (TikTok)
SAYS.com
Image via NDJY/Google
SAYS.com
Image via NDJY/Google
SAYS.com
Image via NDJY/Google

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: