seismik

Dihina Miskin Sebab Lamar Di KFC, Pasangan Afrika Dapat Tajaan Kahwin Dari Syarikat Besar!

Dari baju pengantin hingga ke cincin, makanan dan minuman buat para tetamu, persembahan di majlis, percutian bulan madu dan lain-lain, semuanya ditaja.

Cover image via Twitter @Greatman__

Baru-baru ini telah tular di laman Twitter kisah pasangan dari Afrika Selatan yang diketawakan gara-gara melamar di sebuah rangkaian restoran makanan segera iaitu KFC

Semuanya bermula apabila tular rakaman video di laman Twitter KFC Afrika Selatan memaparkan seorang lelaki melutut lalu melamar wanita idamannya yang pada ketika itu sedang menangis kegembiraan.

Susulan daripada itu, seorang wartawan telah mentertawakan lelaki itu kerana melamar pasangannya hanya di KFC sekali gus memperlekehkan usaha lelaki tersebut.

Difahamkan juga bahawa lelaki dalam rakaman itu yang dikenali sebagai Bhut’ Hector dan teman wanitanya, Nonhlanhla, merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun siapa sangka selepas kecoh perihal perkara tersebut, pasangan kekasih itu kemudiannya telah menerima rezeki yang tidak dijangka mereka

Ibarat terkena 'durian runtuh', di sebalik kecaman yang diterima mereka, berpusu-pusu syarikat-syarikat besar di Afrika Selatan meluahkan niat untuk menaja perkahwinan mereka kerana tersentuh hati dengan momen lamaran itu yang dilihat sangat manis dan penuh dengan kebahagiaan.

Dari dihina hanya kerana melamar teman wanita di restoran makanan segera, kini pelbagai jenama mahu memberikan tajaan pada majlis perkahwinan mereka!

Berikut adalah antara jenama besar yang sudi menaja majlis perkahwinan pasangan ini:

Difahamkan mereka sudah mendapat lebih 120 tajaan buat majlis perkahwinan mereka. 

Bayangkanlah, dari baju pengantin hingga ke cincin, makanan serta minuman buat para tetamu, persembahan di majlis, barangan harian, percutian bulan madu dan macam-macam lagi, semuanya ditaja oleh bukan calang-calang syarikat, okay!

Boleh dikatakan memang all-in lah wedding ini!

Pengajarannya di sini ialah jangan sesekali merendahkan orang lain, dan humanity wins!

Apa-apa pun penulis turut gembira dengan bakal pasangan pengantin ini. :)

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: