Diminta Buat Kelas Tambahan, Guru Kimia Tunggu 4 Jam Tapi Kelas Tetap Kosong Tanpa Pelajar
"Cikgu tak rugi apa-apa."
Tidak dapat dinafikan golongan guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha menyediakan rakyat yang berpendidikan dan berakhlak mulia
Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya.
Golongan pelajar merupakan individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putus-putus bagai air sungai yang mengalir.
Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi pelajar sebaik sahaja sesi persekolahan bermula sehinggalah selesai.
Justeru pelajar mesti bergaul dengan guru persis seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Sebagai pelajar, mereka perlu menghormati dan berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana mereka berada.
Baru-baru ini telah tular kisah seorang guru yang gigih datang ke sekolah pada hari minggu semata-mata untuk membuat kelas tambahan bagi membantu pelajar-pelajarnya yang sedang menduduki peperiksaan SPM.
Walau bagaimanapun, guru tersebut yang mengajar mata pelajaran Kimia akhirnya pulang dengan rasa hampa apabila kelasnya itu tidak dihadiri oleh seorang pun pelajar.
Kisahnya seperti berikut:
Rata-rata netizen meluahkan rasa dukacita mereka terhadap situasi ini dan masing-masing menyatakan pendapat mereka
Pelajar-pelajar sekalian, hargailah jasa & pengorbanan guru-guru anda yang gigih mendidik anda agar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Boleh?