seismik

"Macam Klip Filem Hindustan" - Ini Video Guru Besar Bersara Paling Cute Kami Pernah Lihat

Klip video tersebut menampilkan barisan guru di sekolah terbabit beraksi dan menari dengan alunan muzik dari filem Hindustan terkenal, Kuch Kuch Hota Hai iaitu Sa Janji Ghar Aayee.

Cover image via YouTube Lenskahfi

Satu klip video bersempena dengan persaraan Guru Besar Sekolah Agama Taman Kota Kulai, Ustazah Hjh Mariam binti Hj Mokmin telah viral di laman Facebook

Klip video tersebut menampilkan barisan guru di sekolah terbabit beraksi dan menari dengan alunan muzik dari filem Hindustan terkenal, Kuch Kuch Hota Hai iaitu Sa Janji Ghar Aayee.

Liriknya bagaimanapun telah diterjemah mengikut kesesuaian tema persaraan oleh Lenskahfi yang juga merupakan orang kuat disebalik video tersebut.

Yang menariknya lagi, choreographer di sebalik video santai ini adalah idea daripada tenaga pengajar sekolah itu juga, Ustaz Muhd Azim bin Othman.

Lihat video viral tersebut di bawah:

Video yang mendapat perkongsian lebih 2 ribu dan komen sebanyak 462 oleh pengguna Facebook itu dipuji bukan sahaja kerana ianya kreatif dan menghiburkan, bahkan turut menjaga batasan agama

Tahniah semua yang terlibat dalam video ini dan selamat bersara Ustazah Hjh Mariam!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment