Diskaun 50% Tambang KLIA Transit Untuk Ke Putrajaya Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69
Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai mengunjungi pelbagai acara di Putrajaya, termasuk perarakan Hari Kebangsaan 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menawarkan promosi tambang KLIA Transit untuk perjalanan 29 hingga 31 Ogos ini
Menerusi laporan Bernama, ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan penumpang boleh menikmati diskaun 50 peratus untuk tiket ulang-alik KLIA Transit dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan dan Salak Tinggi ke Stesen Putrajaya dan Cyberjaya.
Bagaimanapun, promosi itu tidak sah untuk perjalanan ke Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Promosi ini ditawarkan untuk penumpang dewasa dan kanak kanak (enam hingga 15 tahun) dan pembelian tiket hanya melalui aplikasi mudah alih KLIA Ekspres dan laman sesawang rasmi KLIA Ekspres dari 26 hingga 31 Ogos.
Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah boleh menaiki KLIA Transit secara percuma bagi setiap pembelian tiket dewasa, terhad kepada maksimum tiga kanak-kanak untuk setiap penumpang dewasa.

Pek Merdeka eksklusif menanti 200 penumpang bertuah
ERL akan mengedarkan Pek Merdeka eksklusif kepada 200 penumpang pertama yang tiba di Stesen Putrajaya dan Cyberjaya pada 31 Ogos, bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.
Dari Putrajaya Sentral, penumpang juga boleh memanfaatkan perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan oleh Prasarana dan Perbadanan Putrajaya untuk ke pelbagai lokasi acara di sekitar Putrajaya.
Selain perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, pengunjung boleh menyaksıkan raptai penuh pada 29 Ogos serta tarikan lain termasuk Riuh Merdeka dan sambutan Ambang Merdeka 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Merdeka KLIA Transit, layari www.KLIAekspres.com atau hubungi perkhidmatan pelanggan menerusi talian 03-2267 8000.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via