Demi Untuk Anak Dapat Belajar, Bapa Ini Ditahan Orang Ramai Sebab Curi Telefon Bimbit
Menurutnya, dia tiada pilihan lain berikutan tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja.
Terima padah akibat terlalu memenuhi permintaan anak
Telefon bimbit menjadi satu keperluan dalam masyarakat kini dan kehidupan seakan tidak lengkap jika tiada telefon bimbit.
Telefon bimbit digunakan untuk berkomunikasi tetapi setelah melalui abad-abad inovasi, telefon bimbit dinaiktaraf kepada telefon bimbit pintar yang membolehkan orang ramai mengakses maklumat dengan internet dan memudahkan pekerjaan kita.
Namun, lain hal jadinya kepada seorang lelaki di Indonesia yang sanggup meragut demi memenuhi permintaan anaknya yang mahukan telefon pintar untuk belajar dalam talian
Menurut laporan Harian Metro, dia ditahan masyarakat setempat ketika meragut di Jalan SH Wardoyo, Sumatera Selatan, Isnin lalu sebelum dihantar ke balai polis berdekatan.
Rahsia lelaki itu terbongkar selepas suspek mengaku meragut gajet berkenaan kerana mahu menunaikan hajat anaknya.
Menurut pengakuannya lagi, dia tiada pilihan mencari jalan pintas itu berikutan tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja
Katanya, anak lelakinya yang bersekolah menengah di tahun pertama kerap mendesaknya membelikan telefon bimbit untuk keperluan belajar dalam talian.
"Telefon itu saya curi untuk anak saya selepas sering diasak membelikannya, tetapi saya tiada wang kerana tidak bekerja.
"Akhirnya saya putuskan meragut ketika mangsa berjalan di depan saya. Saya menyesal," katanya seperti petikan portal Kompas.com