seismik

Ditarik Rambut & Paksa Untuk Selfie, Aksi Kasar Warga Israel Ini Terima Kecaman Ramai

Kalau nak selfie pun, elok-eloklah.

Cover image via @_SJPeace_ (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah perkauman dan warna kulit bukanlah isu yang baru dalam negara

Isu racist dalam kalangan masyarakat ini perlu dielakkan supaya ia tidak memberi impak negatif dalam pembangunan sosial dan tatasusila masyarakat.

Baru-baru ini, kecoh di Twitter berkenaan tindakan seorang warga Israel yang menarik rambut seorang lelaki yang berkulit hitam semata-mata untuk selfie telah mengundang kemarahan ramai.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Ditarik rambut dan disuruh senyum untuk berselfie

Menerusi ciapan yang telah dimuat naik oleh @SJPeace di Twitternya, gelagat seorang lelaki yang dilihat bangga dengan perbuatan kasarnya itu telah menjadi bualan di laman sosial

Melalui kenyataan di laman blog The Observers, kejadian tersebut berlaku berdekatan pantai di ibu kota Israel, Tel Aviv. Gambar tersebut turut dikatakan telah menjadi perhatian sejak 2018 dan kini tular kembali.

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Jonathan Small di Facebooknya, dia mengakui bahawa tindakan lelaki itu dilihat sangat kasar dan tidak berperikemanusiaan.

"I ask again what did black people do in this world to be so hated?" - Netizen

Susulan tularnya tweet berkenaan yang kini telah meraih 28.8K retweet, 1.9K qoute tweet dan 78.1K likes, rata-rata netizen turut berkongsi rasa marah dengan tindakan kasar oleh warga Israel itu di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen berkongsi pandangan daripada netizen di Twitter:

 

Mereka pun ada hati dan perasaan, jangan sebab berbeza warna kulit terus nak menindas mereka dengan sesuka hati.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: