seismik

Reaksi Rakyat Arab 'Sembur' & Elak Ditemu Bual Media Israel Masa Piala Dunia Jadi Tumpuan

Kuat solidariti mereka!

Cover image via @middleeasteye (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemeriahan piala sukan bola sepak dunia FIFA World Cup 2022 kian meriah

Kita dapat tengok di media sosial ramai peminat yang membanjiri stadium bagi setiap perlawanan. Tuan rumah kali ini dari Qatar yang merupakan sebuah negara Islam maju.

Mereka juga mengalu-alukan semua orang dari seluruh negara untuk merasai kemeriahan ini tidak kira apa bangsa mereka.

Namun, tular baru-baru ini video memaparkan apabila peminat bola sepak dari negara Arab mengelak selepas saja mahu ditemu ramah oleh media dari Israel telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@middleeasteye Arab football fans are refusing to speak to Israeli reporters during the #Qatar World Cup in solidarity with the Palestinian cause. Some fans also waved the Palestinian flag behind reporters during their broadcast. #Arab fans regularly show solidarity with Palestinians by protesting against Israel’s treatment of Palestinians. #FifaWorldCup #LearnOnTikTok #Palestine original sound - Middle East Eye

Terus tak mahu ditemu ramah lepas dapat tahu dari Israel

Menerusi video tersebut, kelihatan ia menunjukkan beberapa peminat bola sepak dari negara Arab yang hadir untuk melihat perlawanan.

Namun, selepas tamatnya perlawanan ada yang sesetengah peminat yang menghalau media dari negara itu untuk membuat liputan.

Malah, peminat bola sepak Arab enggan bercakap dengan wartawan Israel semasa Piala Dunia Qatar sebagai solidariti dengan perjuangan Palestin.

Beberapa peminat turut mengibarkan bendera Palestin di belakang wartawan semasa siaran mereka. Peminat Arab kerap menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin dengan membantah layanan Israel terhadap rakyat Palestin.

"Big respect for all of them" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji tindakan mereka itu yang sememangnya layak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 163.8K likes dan 3,813 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Rasa puas hati pula tengok jawapan mereka :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: