[VIDEO] BBC Dikritik Tak Siarkan Pembukaan Piala Dunia 2022 Dengan Potongan Ayat Al-Quran
Ia disebabkan konflik yang pernah berlaku.
Perkhidmatan penyiaran awam Britain, BBC, menerima kritikan kerana tidak menayangkan upacara pembukaan Piala Dunia Qatar 2022, yang dimulakan dengan bacaan Al-Quran
Majlis pembukaan Piala Dunia Qatar berlangsung dengan meriah dan melibatkan ramai artis dan tokoh masyarakat.
Antaranya adalah pelakon veteran Amerika Syarikat, Morgan Freeman, penyanyi popular Korea, Jungkook dari BTS dan ramai artis lain turut serta memeriahkan Majlis Perasmian yang berlangsung di Stadium Al-Bayt di Al Khor, Qatar pada malam Ahad (20/11/2022).
Malah, ada juga video di TikTok yang berkongsi mengapa ia tidak ditayangkan di sesetengah negara dan itu mendapat kritikan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Antara Piala Dunia yang paling kontroversi setakat ini
Morgan Freeman yang berkhidmat sebagai narator majlis, muncul di stadium untuk bersalaman dengan duta Piala Dunia FIFA Ghanim Al Muftah yang mempunyai kecacatan.
Kehadiran Ghanim Al Muftah seolah-olah menjawab kritikan terhadap rekod hak asasi manusia yang disasarkan kepada Qatar.
Menurut sumber, pengulas perlawanan Gary Lineker memberitahu ia adalah Piala Dunia paling kontroversi dalam sejarah bola sepak.
“Sejak Fifa memilih Qatar pada 2010, negara terkecil yang pernah menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak terhebat itu berdepan beberapa persoalan besar daripada tuduhan rasuah dalam proses bidaan sehinggalah kepada layanan pekerja asing yang membina stadium di mana ramai kehilangan nyawa"
"Homoseksualiti adalah haram di sini. Hak wanita dan kebebasan bersuara menjadi perhatian. Juga, keputusan enam tahun lalu untuk menukar Piala Dunia dari musim panas ke musim sejuk,” katanya.
Difahamkan, BBC enggan menjelaskan mengapa mereka telah menolak liputan majlis perasmian berkenaan yang secara tradisinya merupakan peluang bagi negara tuan rumah untuk memaparkan mesej positif di seluruh dunia.
"This ceremony is undoubtedly the most beautiful and majestic one yet. Well done, Qatar" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang berkongsi tidak dapat melihat upacara pembukaan itu di negara mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 231.7K likes dan 3,362 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!