Dividen Amanah Saham Malaysia 3 Tertinggi Dalam 7 Tahun, Catat Agihan Pendapatan 5.00 Sen Seunit

Difahamkan, jumlah pengagihan pendapatan RM1.01 bilion memanfaatkan lebih 800,000 pemegang unit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anwar Ibrahim & ASNB

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) semalam mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

Agihan pendapatan itu adalah untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2026, iaitu pengagihan tertinggi dana tersebut dalam tempoh tujuh tahun.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) semalam, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.01 bilion akan memanfaatkan 818,137 pemegang unit yang memiliki 20.97 bilion unit.

"ASM 3 turut mengatasi penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank sebanyak 1.99%, dengan lebihan prestasi 301 mata asas. Sehingga 23 September 2026, dana tersebut merekodkan pendapatan bersih direalisasikan sebanyak RM1.23 bilion," menurut kenyataan itu.

PNB memaklumkan, bagi pemegang unit yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar pengagihan 5.00% yang diisytiharkan akan menghasilkan kadar dividen bersih terlaras sebanyak 4.87%.

Kaedah ini difahamkan menyediakan cara yang mudah dan automatik untuk menunaikan kewajipan zakat, di samping menyokong kemampanan pelaburan jangka panjang.

SAYS.com
Image via Amanah Saham Nasional Berhad

Dana yang mencatatkan pengagihan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan semasa, berbanding 4.75 sen seunit pada tahun sebelumnya

Menurut PNB, ia mencerminkan prestasi berdaya tahan dalam persekitaran pelaburan global yang mencabar, yang dicirikan oleh ketidaktentuan kadar faedah, ketegangan geopolitik yang meningkat serta volatiliti pasaran yang berterusan.

"Prestasi ini disokong oleh pengurusan portfolio yang berdisiplin, pengurusan risiko yang berhemat serta penempatan pelaburan secara terpilih dalam sektor dan tema yang mempunyai potensi pertumbuhan struktur yang kukuh.

"Pendekatan ini membolehkan dana terus menjana pulangan yang mampan kepada pemegang unit meskipun berdepan keadaan pasaran yang sentiasa berubah. Pendapatan dana disokong oleh keuntungan direalisasikan, pendapatan dividen serta sumber pendapatan lain daripada portfolio pelaburan yang pelbagai merangkumi pasaran domestik dan antarabangsa," katanya.

Tambah PNB, peruntukan aset merentasi instrumen pendapatan tetap, hartanah dan pelaburan persendirian telah menyumbang kepada kepelbagaian sumber pendapatan serta memperkukuh daya tahan portfolio dalam menghadapi perubahan persekitaran pasaran.

"Strategi pelaburan ASM 3 yang dipelbagaikan kekal sebagai kekuatan utama dana, membolehkannya merebut peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan pasaran, sambil terus mengekalkan fokus untuk memberikan nilai jangka panjang yang konsisten kepada pemegang unit," menurut kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: