seismik

DIY Hand Sanitizer Dengan Hanya 2 Bahan. Bermodalkan RM11, Dah Boleh Dapat 5 Botol Tau!

Bagus juga ni!

Cover image via Indo zone & Ir Abdul Rahman Bahasa / Facebook

Penularan wabak Covid-19 ke seluruh dunia termasuk Malaysia sememangnya telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan orang ramai

Image via linisehat

Keadaan ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan diri dari dijangkiti wabak yang mampu membawa maut ini.

Antara langkah yang diambil oleh masyarakat termasuklah dengan kerap mencuci tangan menggunakan cecair pembersih tangan ataupun lebih dikenali sebagai hand sanitizer.

Situasi ini secara tidak langsung telah menyebabkan penjualan bagi barang tersebut meningkat malah stok bagi hand sanitizer juga sering dilihat licin sama ada di farmasi mahupun kedai-kedai runcit.

Justeru melihat kepada perkara ini, sebagai masyarakat yang bijak, anda mungkin boleh mengambil pendekatan lain dengan membuat sendiri hand sanitizer anda di rumah

Ia telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ir Abdul Rahman Bahasa, baru-baru ini.

Menurut beliau, tips itu diperoleh daripada sebuah farmasi yang dikunjunginya.

Telah mendapat lebih 5 ribu shares di Facebook, apa yang menarik dengan hand sanitizer buatan sendiri ini adalah apabila ia hanya memerlukan dua bahan sahaja di samping modal yang murah.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Hanya berbekalkan kos RM11.70, anda boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer

Hari ni masa saya habis nak cari hand sanitizer je sebab stock hand sanitizer saya nak habis dah tapi semua dah sold out.

Tapi bila saya tiba di satu pharmacy ni. Ada benda yg saya rasa bagus untuk di share ngn korang. Yes, macam tajuk posting ni.CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER.

Ni bahan-bahannya mengikut suggestion pharmacy tu:
1.Dettol
2.Sterile Water

Cara-cara nak buatnya pula:

Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water. So, kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni, 20ml Dettol, 80ml sterile water. Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni,10ml Dettol, 40ml sterile water.

Korang bolehlah sukat guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian ya. Then finally letak dalam botol spray. Korang boleh guna botol-botol spray kosong yang korang ada.

Tapi, ikut pharmacy tu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak umurnya 10 tahun ke atas sahaja. Ini disebabkan atas faktor ketebalan kulit. Dettol punya effect agak kuat juga. Takut ada effect dekat kulit kanak-kanak yang umurnya bawah 10tahun.

Kalau kita cerita kos pula, tidaklah mahal sangat.

500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70

Dengan kos RM11.70, bolehlah buat 5 botol 50ml hand sanitizer. Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30! Dari tak ada langsung. OK jugalah option ni.

Boleh cuba tips ni. Jimat pun jimat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: