Doktor & Ahli Korporat Palsu Perdaya Pesara, RM183,100 Lesap Dalam Love Scam Facebook
Macam tu je habis duit.
Cover image via Kosmo!Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pesara kerajaan berusia 70 tahun kerugian RM183,100 selepas menjadi mangsa sindiket love scam yang menggunakan akaun Facebook untuk memperdaya mangsa
Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, wanita itu mula berkenalan dengan dua individu menerusi Facebook Messenger pada penghujung April lalu.
Kedua-dua suspek dikatakan memperkenalkan diri sebagai seorang ahli korporat dan seorang doktor pakar yang sedang bertugas di luar negara sebelum menjalinkan hubungan mesra dengan mangsa.
Selepas berjaya meraih kepercayaan, suspek mendakwa memerlukan bantuan kewangan bagi membayar yuran guaman berkaitan kontrak pembinaan serta urusan pelepasan cek bernilai USD85,000 yang kononnya akan disumbangkan kepada sebuah persatuan doktor.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Terpedaya dengan janji akan menerima pulangan wang selepas urusan selesai, mangsa melakukan lapan transaksi pemindahan wang ke beberapa akaun bank yang diberikan suspek menggunakan wang simpanannya sendiri
Transaksi tersebut dipercayai dibuat secara berperingkat antara 29 Jun hingga sebelum laporan polis dibuat pada 8 Julai 2026, membabitkan jumlah keseluruhan RM183,100.
Namun, selepas semua pembayaran dibuat, suspek masih meminta wang tambahan atas pelbagai alasan. Ketika itulah mangsa mula menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan sebelum tampil membuat laporan polis.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali di media sosial, lebih-lebih lagi jika melibatkan permintaan wang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


