Doktor Digantung Kerja 13 Bulan Lepas Pesakit ‘Hilang’ Kaki Susulan Lewat Terima Rujukan

Difahamkan, pegawai perubatan itu berulang kali gagal merujuk pesakit diabetes yang semakin teruk untuk dapatkan rawatan di hospital.

Enlarge text
Cover ImageCover image via WATC & Medical Technology

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang doktor digantung selama 13 bulan selepas tribunal tatatertib mendapati kegagalannya berulang kali untuk merujuk pesakit diabetes dengan jangkitan kaki yang semakin teruk kepada rawatan pakar telah menyumbang kepada 'kehilangan' kaki pesakit

Dalam keputusan yang diterbitkan baru-baru ini, Tribunal Tatatertib Majlis Perubatan Singapura mendapati pengamal am, Dr Lim Geok Leong bersalah atas salah laku profesional di bawah Akta Pendaftaran Perubatan Singapura.

Tribunal memutuskan bahawa Dr Lim telah melanggar piawaian penjagaan yang dijangkakan dengan serius selepas terus merawat pesakit secara pesakit luar dalam lima lawatan berasingan, walaupun terdapat tanda-tanda jangkitan teruk yang jelas, penyakit peripheral arterial, tissue necrosis dan akhirnya wet gangrene.

Pesakit kemudiannya dimasukkan ke hospital dan menjalani apa yang digambarkan oleh tribunal sebagai 'siri rawatan menaikkan risiko dipotong' pada kaki kanannya, mengakibatkan keupayaannya untuk berjalan tidak dapat dipulihkan serta merta.

Menurut Grounds of Decision tribunal bertarikh 17 Mac 2026, pesakit pertama kali melawat klinik Dr Lim pada 11 April 2022 untuk mendapatkan rawatan bagi jangkitan pada kaki kanannya.

Dr Lim mendiagnosis pesakit tersebut dengan selulitis yang teruk dan merebak, di samping diabetes tahap tinggi, selepas ujian darah menunjukkan paras gula darah rawak sangat tinggi iaitu 22.2 mmol/L.

Tribunal menyatakan bahawa Dr Lim menetapkan antibiotik oral dan meminta pesakit untuk kembali dalam masa empat hari, tanpa merujuknya ke jabatan kecemasan hospital atau pakar. Sepanjang 29 hari berikutnya, pesakit kembali empat kali lagi.

Semasa lawatan, Dr Lim dilaporkan menilai bahawa jangkitan tersebut sama ada kekal stabil atau bertambah baik dan meneruskan rawatan pesakit luar menggunakan antibiotik oral.

Tribunal mendapati bahawa Dr Lim gagal merujuk pesakit untuk rawatan pakar pada setiap peringkat kemerosotan, termasuk apabila pesakit akhirnya mengalami wet gangrene yang meluas menjejaskan beberapa jari kaki dan dorsum kakinya

Pada 10 Mei 2022, sehari selepas rundingan terakhir dengan Dr Lim, pesakit turut ada mendapatkan pandangan di klinik lain, di mana seorang doktor segera mengenal pasti jangkitan teruk dan wet gangrene yang meluas sebelum mengatur kemasukan segera ke hospital.

Tribunal menyatakan bahawa keadaan pesakit yang diperhatikan di klinik kedua 'akan mencerminkan keadaan yang dibentangkan kepada Responden pada 9 Mei 2022'.

Dalam penghakimannya, tribunal menekankan kepentingan pengamal am bertindak sebagai penjaga barisan hadapan dalam sistem kesihatan Singapura.

"Klinik Pengamal Am merupakan bahagian penting dalam rangkaian penjagaan kesihatan primer Singapura. Bersama-sama dengan poliklinik

"Ia selalunya merupakan titik hubungan pertama bagi pesakit yang mempunyai keperluan penjagaan kesihatan. Pesakit bergantung pada doktor untuk menilai tahap keseriusan keadaan mereka, dan merujuk kes yang sesuai kepada pakar atau hospital," kata tribunal.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via IsBrave

Tribunal itu juga mengkritik Dr Lim kerana gagal menjalankan pemeriksaan klinikal asas yang boleh menilai peredaran darah di kaki pesakit dengan lebih baik

"Responden menyimpang daripada piawaian penjagaan yang diperlukan kerana dia memulakan rancangan untuk tidak merujuk Pesakit ke hospital atau pakar tanpa menjalankan ujian semula.

"Dengan berbuat demikian, Responden menafikan dirinya dan Pesakit daripada alat keputusan penting sama ada untuk membatalkan atau meneruskan rancangan itu," kata tribunal.

Pihak pembelaan berhujah bahawa pesakit tidak pernah memaklumkan Dr Lim bahawa dia menghidap diabetes dan tiada bukti bahawa keadaan pesakit bertambah buruk semasa di bawah jagaannya. Walau bagaimanapun, tribunal menolak kedua-dua hujah tersebut.

"Pembelaan berhujah bahawa Pesakit tidak memaklumkan Responden dia menghidap diabetes tidak mengurangkan kesalahannya dan tidak mengubah piawaian penjagaan yang dijangkakan secara munasabah daripadanya," kata tribunal itu.

Seperti yang dinyatakan, hujah dakwaan tiada bukti keadaan yang semakin teruk 'bukanlah faktor yang meringankan'.

Tribunal itu seterusnya menegur Dr Lim dengan menyatakan bahawa kes kaki diabetik adalah situasi perubatan biasa dengan piawaian rawatan yang standard diketahui doktor.

"Kes kaki diabetik adalah keadaan biasa di Singapura. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh doktor apabila pesakit diabetes menunjukkan keadaan kaki diajar secara meluas di sekolah perubatan.

"Pada pandangan DT, mana-mana doktor yang bertanggungjawab dan cekap akan merujuk pesakit dalam keadaan itu ke jabatan kecemasan hospital," tulis tribunal itu.

Saksi pakar semasa prosiding tidak bersetuju sama ada rujukan yang tertangguh itu secara langsung menyebabkan pemotongan kaki

Walau bagaimanapun, tribunal akhirnya menyimpulkan bahawa walaupun diabetes teruk dan penyakit peripheral arterial adalah punca utama, kelanjutan kegagalan Dr Lim untuk merujuknya 'menyumbang dengan ketara kepada risiko' pemotongan utama.

Tribunal mengklasifikasikan tahap bahaya menghampiri bahagian bawah 'sederhana' dan menyifatkan tindakan Dr Lim sebagai 'kecuaian serius' dengan kesalahan pada titik tengah julat sederhana.

Di bawah rangka kerja hukuman Singapura untuk kes salah laku perubatan yang melibatkan bahaya sederhana dan kesalahan sederhana, tribunal pada mulanya memutuskan bahawa penggantungan 15 bulan adalah wajar.

Peguam Dr Lim menekankan kerjaya 40 tahunnya yang sebelum ini bersih, ulasan pesakit yang positif dan pujian masa lalu sebagai Anggota Perkhidmatan Negara, tetapi tribunal memutuskan bahawa faktor-faktor ini 'tidak begitu luar biasa' sehingga mewajarkan pengurangan hukuman.

Walau bagaimanapun, tribunal akhirnya mengurangkan penggantungan selama dua bulan selepas mendapati terdapat 'kelewatan yang melampau' oleh Majlis Perubatan Singapura dalam mendakwa kes tersebut. Aduan awal telah difailkan pada Ogos 2022, tetapi Notis Siasatan rasmi hanya dikeluarkan pada Jun 2025, hampir tiga tahun kemudian.

"Selepas mempertimbangkan sejarah kes dan kerumitan isu perubatan, DT berpendapat bahawa terdapat kelewatan yang melampau.

"Seperti yang dinyatakan oleh SMC dalam penghujahan mereka, kes kaki diabetik adalah keadaan biasa di Singapura. Garis panduan dan piawaian rawatan diketahui umum dan standard.

"Oleh itu, adalah munasabah untuk menjangkakan SMC telah menyelesaikan siasatan mereka dan mengeluarkan NOI lebih awal," menurut tribunal.

Selain penggantungan selama 13 bulan, Dr Lim juga secara rasmi dibidas, diperintahkan untuk memberikan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi salah laku terbabit serta diarahkan untuk membayar kos guaman prosiding tatatertib.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: