Donat Panas Viral Di Gombak Ni Begitu Gebu Sampai Ramai Yang Sanggup Beratur Berjam-Jam
Ada yang kata donat dia lembut "macam gigit angin".
Seronok betul duduk di Malaysia ni, ada saja kuih viral baru! Kalau dulu netizen dilanda deman Kuih Keria Gula Melaka, kini kuih baru pula mula mencuri perhatian iaitu Donat Panas.
Ramai yang mula berkunjung ke gerai Jalan Gombak ini apabila mendapat tahu donat yang dijual begitu besar dan gebu, dan hanya berharga RM1.50 sebiji
Biasalah bila dah viral macam ni bermakna anda perlu beratur sekurang-kurangnya 30 minit untuk mencuba donat gebu ini. Tetapi percayalah anda pasti tidak akan menyesal menunggu lama!
Pilih antara perisa Karamel atau Coklat. Kalau inginkan donat gula biasa pun ada!
Antara ketiga-tiga perisa yang disediakan, Donat Karamel ternyata menjadi kegemaran peminat-peminat Donat Panas ni. Tekstur donat yang lembut dan gebu disalut pula dengan sos karamel yang berlemak manis menjadikannya betul-betul addictive!
Hmmm terliur pula kami dibuatnya hehe... Buat anda yang nak mencuba tu boleh dapatkan maklumat lanjut di bawah:
Lokasi: Donut Panas, Jalan Gombak (berhampiran Masjid Al-Syakirin, 7-Eleven dan 99 Speedmart)
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 6 petang (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap Ahad
No. Telefon: 012 668 5154
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram sekarang untuk banyak lagi artikel seperti ini!