seismik

Dr Jue Anjur Seminar Kesedaran, Tekad Mahu Bantu Pesakit Diabetes Untuk Hidup Lebih Sihat

Program seminar MYDJ (Manage Your Diabetic With Dr Jue) itu diadakan bagi membantu pesakit diabetes dalam memberi ilmu pengetahuan bagaimana untuk reverse penyakit dengan mudah.

Cover image via Dr Jue (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini telah berlangsung satu seminar kesedaran diabetes yang bertemakan 'Manage Your Diabetes with Dr. Jue' (MYDJ) di Midlands Convention Center, Shah Alam Selangor

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 800 peserta yang dianjurkan oleh pihak D'Jue Wellness dan diketuai oleh seorang pakar kesihatan holistik yang terkenal, Dr Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali Dr Jue.

Program seminar MYDJ itu diadakan bertujuan untuk membantu pesakit diabetes dalam memberi ilmu pengetahuan bagaimana untuk reverse penyakit dengan mudah. Untuk rekod, seminar MYDJ ini adalah kali keempat diadakan sejak ia dianjurkan dan hanya setahun sekali.

Menurut Dr Jue, penyakit diabetes dilihat antara salah satu faktor yang meningkatkan perbelanjaan negara seperti yang direkodkan pada tahun lepas sebanyak RM4.9 juta dibelanjakan bagi rawatan penyakit ini.

Pengasas D'Jue Wellness, Dr Jue

Image via Dr Jue (Facebook)

"Seminar ini dilakukan atas permintaan ramai daripada masyarakat terutamanya pesakit diabetes, ini adalah kesinambungan dari personal coaching dan siaran live di media sosial saya.

"Jadi kita buat seminar 1 hari ini dan saya ajar para peserta tentang sebelas protokol yang merangkumi cara pemakanan, gaya hidup dan amalan yang baik untuk reverse diabetes.

"Penyakit diabetes boleh reverse dan kita perlu tahu cara tepat untuk membantu diri kita sendiri," katanya ketika ditemui dalam satu sidang media selepas seminar itu.

Statistik menunjukkan bahawa 54% rakyat Malaysia kini menghidap obesiti, yang merupakan faktor utama penyumbang kepada diabetes

Dr Jue menegaskan bahawa ramai orang tidak menyedari mereka berada dalam tahap pradiabetes, iaitu tahap awal sebelum seseorang didiagnosis dengan diabetes.

Selain itu, dalam seminar MYDJ berkenaan, Dr Jue turut berkongsikan mengenai punca, tanda awal, dan kesan negatif diabetes jika tidak dirawat.

Beliau turut menggalakkan peserta untuk mengubah amalan pemakanan mereka, seperti mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang sering menjadi penyebab utama peningkatan paras gula darah.

"Saya harapkan lebih ramai pesakit dapat menyertai seminar akan datang untuk lebih faham mengenai penyakit diabestes ini dan saya sasarkan lebih ramai pesakit tahu bagaimana cara reverse dengan protokol yang saya terangkan," ujarnya.

Dalam pada itu, beberapa peserta seminar MYDJ turut berkongsikan pendapat dan pengalaman mereka mengikuti program berkenaan

Antara salah satunya ialah Dzolkarnain Hassan, 52, seorang bekas tentera telah mengidap diabetes sejak 20 tahun lepas namun baru mengenali Dr Jue pada dua tahun sebelum ini.

"Saya mendapat diabetes disebabkan gaya hidup yang kuat bersukan namun ketagihan minuman sukan yang manis dan corak pemakanan yang tidak sihat.

"Saya rasa dengan gaya hidup aktif sudah cukup namun tidak menjaga pemakanan sehinggalah doktor menaikkan dos ubat dan insulin kerana paras gula dalam badan mencecah bacaan 22, dan selepas mengenali Dr Jue di media sosial, saya mula mempelajari banyak perkara untuk reverse diabetes," katanya.

Dzolkarnain Hassan

Image via Dr Jue (Facebook)

Sementara itu, Zainab Ahmad, 53 pula berkongsi bahawa ilmu yang diperolehnya sangat membuka mata dan kini beliau lebih faham tentang cara menjaga kesihatan keluarganya.

Sebelum ini beliau ada mencuba beberapa kaedah untuk mengawal pemakanan beliau, tetapi tidak mendatangkan hasil sehingga mendapat keradangan urat kerana diabetes.

Jelasnya lagi, beliau mengidap diabetes GDM pada tahun 2010 namun tidak mengambil sebarang rawatan hospital.

"Saya bermula dengan diet sendiri tanpa apa-apa ilmu namun gagal dan bacaan gula terus meningkat, pada tahun 2019 baru saya mengambil ubat kencing manis sehingga sekarang.

"Saya mengetahui mengenai Dr Jue ini dari media sosial dan perkongsian rakan-rakan online, dari situ saya selalu melihat video-video beliau dan menyertai seminar ini untuk belajar menegenai ilmu reverse diabetes lebih lanjut," ujarnya.

Zainab Ahmad

Image via Dr Jue (Facebook)

Seminar MYDJ beri impak mendalam kepada peserta, membuka mata mereka tentang pentingnya penjagaan kesihatan

Dr Jue turut berkongsi selain teknik intermitten fasting, rawatan alternatif bekam juga boleh dianggap berkesan dalam merawat diabetes.

Beliau menjelaskan bahawa bekam sering disalah anggap sebagai rawatan kuno tetapi apabila dilakukan dengan cara yang betul, ia boleh memberikan manfaat signifikan dalam pengurusan penyakit ini.


Seminar ini memberi impak yang mendalam kepada peserta, membuka mata mereka tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan memberi inspirasi untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka.

Dr Jue mengakhiri seminar dengan penuh optimis, "Diabetes bukan hukuman mati. Ia boleh dicegah dan diuruskan, tetapi kita perlu bermula hari ini".

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: