Draitek International Lancar Aplikasi Troqai, Platform AI Pelancongan Tempatan
Aplikasi Troqai kini boleh dimuat turun di seluruh dunia menerusi Google Play dan Apple App Store.
Cover image via TroqaiFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat pemula teknologi Malaysia, Draitek International baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran Troqai – Smart Place Discovery, sebuah platform pelancongan baharu yang dibina bagi membantu pengguna menemui destinasi yang tidak pernah mereka temui sendiri
Aplikasi Troqai kini boleh dimuat turun di seluruh dunia menerusi Google Play dan Apple App Store (didaftarkan sebagai Troqai: Smart Place Discovery).
Nama Troqai diambil daripada gabungan perkataan Bahasa Melayu "Terokai" dan "AI", yang mencerminkan idea teras platform ini: menggabungkan sifat ingin tahu manusia dengan kecerdasan buatan untuk mengetengahkan lokasi yang menarik untuk diterokai.
Berbeza dengan kebanyakan aplikasi pelancongan yang kerap menampilkan tempat tarikan popular yang sama, Troqai mengubah pendekatan tersebut dengan bertanyakan "ke mana anda boleh pergi seterusnya" dan bukannya "ke mana anda mahu pergi".
Aplikasi ini menggabungkan foto, petua dan pengesyorkan daripada komuniti dengan pemprosesan berteraskan AI untuk mengetengahkan destinasi tersembunyi (hidden gems), tarikan tempatan, serta lokasi luar jangkaan yang sentiasa dikemas kini seiring pertambahan sumbangan pengguna.

Tumpuan utama aplikasi ini ialah ciri Surprise Place
Pengembara boleh menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Troqai untuk mendedahkan destinasi baharu. Pengguna juga boleh menaik naik ke Troqai Premium, yang menambah fungsi jadual perjalanan (itinerari) jana AI di atas fungsi penerokaan iaitu mengubah proses "mencari tempat" kepada "merancang keseluruhan percutian".
Sumbangan pengguna turut diberikan ganjaran dalam bentuk Troqai Points menerusi perkongsian gambar, petua dan rujukan rakan sebanyak 50 mata bagi setiap rujukan yang berjaya sehingga mengumpul 1,000 mata yang diperlukan untuk membuka kunci fungsi itinerari premium.
"Ada yang bermula sebagai hobi dan minat untuk meneroka tempat menarik secara beransur-ansur berkembang menjadi satu idea tentang bagaimana komuniti boleh berkongsi maklumat, foto dan pengesyorkan untuk membantu orang lain menemui destinasi yang mungkin tidak pernah mereka temui sendiri," kata Ts. Shafirul Azmi Suhaimi, Pengasas Draitek International dan ahli Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) dalam bidang Teknologi Seni, Reka Bentuk & Multimedia.

Pengasas Draitek International dan ahli Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) dalam bidang Teknologi Seni, Reka Bentuk & Multimedia, Ts. Shafirul Azmi Suhaimi.
Image via TroqaiSelain pengembara individu, Troqai dibina untuk menghubungkan ekosistem pelancongan yang lebih luas termasuk pengembara, lembaga pelancongan, destinasi menarik dan peniaga tempatan (hotel, restoran, kafe, tempat tarikan, dan pengusaha pelancongan) menerusi penerokaan dan promosi berasaskan lokasi.
Selain itu, Draitek International kini sedang menjalin kerjasama strategik dengan lembaga pelancongan, organisasi pemasaran destinasi dan perniagaan hospitaliti di seluruh Malaysia serta peringkat antarabangsa, dengan matlamat jangka panjang untuk memposisikan enjin penerokaan Troqai sebagai infrastruktur pelancongan digital berskala besar.|
Aplikasi ini turut menyokong pelbagai bahasa utama dunia, membolehkan pengguna dari pelbagai negara meneroka dan berkongsi tempat menarik tanpa halangan bahasa.
Bagi perniagaan tempatan, Troqai menawarkan langganan peniaga swalayan (self-serve merchant subscription) dengan tiga peringkat liputan iaitu radius 5km, 10km dan 20km. Ini membolehkan kafe, restoran, tempat tarikan dan premis lain memilih sejauh mana promosi mereka dapat menjangkau pengguna aplikasi berdekatan atau pengembara yang sedang aktif meneroka kawasan tersebut. Ia sekali gus memberikan peniaga tempatan saluran pendedahan digital yang terus dan mampu milik di samping kerjasama lembaga pelancongan platform berkenaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Troqai, anda boleh sahaja muat turun aplikasi ini menerusi Google Play dan Apple App Store.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


