Pengalaman Seram Sebuah Drone Merakam Highland Towers Buat Pertama Kali. Hasilnya?
Apa yang drone ini dapat rakamkan?
Cover image via youtube.comHighland Towers; satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular?
Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa
Tragedi ini adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Image via bedaduz2.blogspot.co
Image via pixshark.com
Sejak itu, Highland Towers langsung tidak berpenghuni sehingga kini dan telah meninggalkan banyak kisah-kisah seram, mistik, dan aneh yang sukar untuk diterangkan
Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini.
Video dimulakan dengan mempamerkan bangunan Highland Towers yang usang tetapi masih berdiri teguh disebalik hutan tebal. Jujurnya, kami sudah mula rasa seram walaupun video ini baru saja bermula.
Image via youtube.com
Melihatkan pada ranting pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang menjalar di setiap ruang bangunan sudah mampu menaikkan bulu roma. Dengan berlatarbelakangkan muzik seram, menjadikan kami lebih teruja untuk lihat lebih lagi.
Image via youtube.com
3 minit berlalu, hanya paparan waktu siang ditunjukkan. Sebelum pergi lebih lanjut, kepada sesiapa yang menyangka video ini hanya dirakam pada waktu siang…
Image via youtube.com
… anda salah! Drone ini turut berlegar-legar ke bahagian dalam Highland Towers pada waktu malam. Kita boleh lihat banyak contengan misteri terpapar pada dinding bangunan. Menakutkan sungguh.
Image via youtube.com
Apa yang anda lihat? Ada nampak apa-apa kelibat?
Image via youtube.com
Kalau nampak, simpan saja dalam hati.
Banyak lagi contengan ditemui dan semuanya agak aneh, ngeri, dan seram, membuatkan kami tertanya-tanya siapakah gerangan yang melakukan kerja sebegini
Image via youtube.com
Dan akhir sekali…
Image via youtube.com
… pintu tertutup dengan sendirinya!
