seismik

Didakwa Membunuh Dan Mungkin Dihukum Mati, Suspek Bakar Tahfiz Hanya Jawab "Saya Faham"

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Cover image via intoday.in

Dua daripada tujuh suspek kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah didakwa atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru

Suasana di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelum prosiding bermula.

Image via Mohd Yusni Ariffin

Berita Harian melaporkan dua pesalah berusia 16 tahun hanya mengangguk sambil menjawab "Saya faham" sebaik pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka bersama 3 lagi suspek turut didakwa memasukkan syabu dan ganja ke dalam badan

Gambar sekadar hiasan.

Image via blogspot.com

Mereka disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya kerana mengambil dadah serta berperanan sebagai saksi.

Tiga daripada mereka yang masing-masing berusia 12, 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu, manakala dua lagi tertuduh yang masing-masing berusia 16 tahun, mengaku salah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata hanya mereka yang terbabit secara efektif atau terbabit secara langsung dalam kejadian itu akan didakwa

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Image via BERNAMA

"Perkara ini sudah diputuskan selepas pegawai penyiasat mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan susulan terhadap kes bakar itu," kata Noor Rashid.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata polis sedang berusaha sedaya upaya mengumpul lagi bahan bukti untuk mengukuhkan kes pendakwaan.

"Selagi ada ruang, kita akan ambil tindakan dan teruskan siasatan jika ada petunjuk baru," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi DI SINI:

You may be interested in: