seismik

Dulu Tak Pandang Langsung, Sekarang Pokok 'Lidah Mentua' Ini Digilai Suri Rumah!

Selain kurangkan habuk dalam rumah, rupanya banyak lagi manfaat lain pokok ini.

Cover image via Rozila Hasan

Kepentingan pokok kepada manusia sejagat memang tidak dapat dinafikan lagi

Image via MYNEWSHUB

Penanaman pokok dalam kuantiti yang banyak boleh mengubah iklim mikro di sesuatu tempat dan dapat membekalkan oksigen kepada hidupan.

Selain itu, penanaman pokok-pokok baharu juga dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau.

Namun, siapa sangka baru-baru ini tular di media sosial mengenai pokok snake plant atau 'lidah mentua' ini dikatakan banyak kebaikan jika memilikinya

Image via Impiana

Pokok lidah mentua ini juga dikenali sebagai pokok lidah jin adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika.

Nama saintifik pokok ini adalah sansevieria trifasciata yang memiliki daun yang panjang dan runcing.

Snake Plant
antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.

Pokok ini bukan sahaja sesuai ditanam di luar rumah, malah di dalam rumah juga sebagai indoor plant

Menerusi seorang pengguna laman Facebook, Rozila Hassan berkongsi pengalamannya yang melihat pokok itu semakin menjadi rebutan dalam kalangan wanita terutamanya suri rumah.

Katanya lagi, pokok itu juga laris di semua nurseri, malah menjadi hot item serta harganya pula menjadi semakin mahal jika diletakkan dalam pasu.

Yang paling best, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk

Image via Fidz

Menurut perkongsian Fidz pula, snake plant sering disebut Hard To Kill. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.

Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.

Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.

Jadi anda tunggu apa lagi, jom tanam pokok snake plant ini!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca artikel berkaitan di bawah:

You may be interested in: