DUN Melaka Dibubar Esok, Laluan PRN Ke-16 Dibuka

Dengan pembubaran DUN itu, proses seterusnya adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Astro Awani

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan berkuat kuasa esok, 23 September 2026

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, pembubaran itu membuka laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Ab Rauf berkata, beliau telah menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan semasa DUN sebelum memohon perkenan untuk membubarkan DUN.

"Tuan Yang Terutama Tun berkenan supaya DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, 23 September 2026," katanya dalam sidang media khas sebentar tadi.

Dengan pembubaran DUN itu, proses seterusnya adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk penetapan tarikh writ, penamaan calon dan hari pengundian.

Berita lanjut menyusul.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: