DUN Perlis Luluskan Usul Cadangan Pemberatan Hukuman Mandatori Pesalah Pemandu Mabuk

Difahamkan, usul berkenaan bersifat umum, inklusif dan tidak sesekali menyasarkan mana-mana agama, kaum atau golongan tertentu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & MM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam meluluskan usul Cadangan Pemberatan Hukuman Mandatori dan Pemerkasaan Penguatkuasaan Terhadap Pesalah Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol (DUI) di Perlis

Menerusi laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata ia diputuskan bagi mendesak satu tindakan bersepadu antara agensi negeri dan Persekutuan dalam memperkukuh mekanisme pencegahan serta hukuman terhadap pemandu mabuk.

"Demi menjamin keselamatan nyawa, terutamanya rakyat di Perlis yang kita cintai ini," katanya semasa persidangan DUN itu di Kompleks Seri Putra di Kangar semalam.

Difahamkan, usul berkenaan bersifat umum, inklusif dan tidak sesekali menyasarkan mana-mana agama, kaum atau golongan tertentu.

Menurutnya, kelulusan ini menumpukan sepenuhnya kepada aspek keselamatan awam, keadilan sosial dan tanggungjawab bersama semua pengguna jalan raya.

SAYS.com

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak.

Image via Anuar Che Amat

Wan Zikri Afthar mencadangkan lima tindakan drastik yang perlu diambil bersama melalui ketetapan dalam persidangan DUN itu

Perkara-perkara tersebut adalah memfailkan syor tegas kepada Kerajaan Persekutuan, pemerkasaan penguatkuasaan peringkat negeri, kawal selia premis dan tanggungan sosial syarikat, langkah pencegahan dan kesedaran belia serta sokongan mutlak kepada mangsa dan keluarga.

Katanya, keselamatan jalan raya adalah hak asasi rakyat dan bukannya isu perdebatan undang-undang semata-mata, di mana ia adalah soal nyawa manusia dan Perlis tidak boleh terus menjadi pemerhati bisu terhadap tragedi yang berulang itu.

Tambahnya, usul berkenaan bukan sekadar untuk menghukum pesalah tetapi juga memastikan tiada lagi nyawa yang terkorban sia-sia akibat kecuaian yang boleh dielakkan.

"Setiap kematian akibat pemandu mabuk adalah satu kegagalan sistemik yang sebenarnya boleh dicegah melalui dasar yang lebih tegas dan pelaksanaan yang lebih berkesan di peringkat lapangan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS