DUN Sarawak Dibubar Berkuat Kuasa 26 Oktober Ini Bagi Laluan PRN Ke-13

Difahamkan, pembubaran tersebut membuka laluan kepada proses seterusnya bagi PRN Sarawak ke-13.

Cover ImageCover image via Berita Harian & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada Isnin, 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13

SAYS.com

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Image via Berita Harian

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu diumumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi pada Jumaat.

Menurut beliau, keputusan pembubaran berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pembubaran DUN itu menandakan bermulanya proses ke arah PRN bagi menentukan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak untuk penggal seterusnya.

Bagaimanapun, tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pembubaran dimuktamadkan.

Perkembangan itu menyusul selepas persidangan DUN Sarawak yang berlangsung pada 12 hingga 21 Oktober lalu, ketika perhatian semakin tertumpu kepada persiapan parti-parti politik menjelang PRN akan datang

Untuk rekod, PRN Sarawak ke-12 diadakan pada 18 Disember 2021. Pilihan raya itu menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Dengan pembubaran DUN pada 26 Oktober ini, tumpuan seterusnya adalah kepada pengumuman SPR berhubung jadual rasmi PRN Sarawak ke-13.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: