Ejen Ali: Satu Lagi Animasi Tempatan Bertaraf Dunia Dengan Kualiti Yang Sangat 'Superb'!
Baru tengok 'trailer' dah terpikat, belum tengok siri penuh lagi. Memang mantap!
Selepas kejayaan siri Upin & Ipin dan Boboiboy yang sangat memberangsangkan, kita akhirnya sedar bahawa produk animasi tempatan sememangnya wajar diberi perhatian yang serius
Syarikat Les Copaque dan Animonsta yang masing-masing telah menerbitkan animasi popular Upin & Ipin dan Boboiboy telah berjaya mendapat pengiktirafan dari negara luar termasuk Indonesia, Singapura, dan Brunei.
Setelah beberapa tahun, dua animasi ini nampaknya semakin lama semakin diminati ramai apabila jumlah pengikutnya terus menerus meningkat. Ia bukan saja digemari oleh kanak-kanak malah turut ditonton oleh golongan dewasa dari pelbagai peringkat umur.
Ramai juga menganggap kedua-dua siri animasi ini layak diberi pendedahan pada peringkat global kerana kualitinya dianggap setanding dengan animasi dari negara barat.
Dan kini, negara kita bakal mengeluarkan satu lagi produk animasi bertaraf dunia yang diberi nama Ejen Ali pada 2016
Animasi Ejen Ali yang dihasilkan oleh Wau Animation Sdn Bhd dan dibawakan oleh Primeworks Studios ini dilihat sebagai satu lagi inisiatif rakyat Malaysia dalam membawakan mutu animasi ke satu tahap yang lebih tinggi.
Sedikit sebanyak mengenai Ejen Ali di bawah:
Ali merupakan seorang pelajar sekolah biasa, sama juga seperti kanak-kanak lain. Dia mempunyai "seorang" sidekick atau pembantu iaitu seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Comot.
Tetapi di luar waktu persekolahan, Ali adalah seorang ejen yang mempunyai misi untuk menangkis serangan penceroboh. Imej "budak sekolah" terus bertukar menjadi seorang ejen yang sangat cool.
Dalam mod menyelamat, Comot turut transform menjadi seekor kucing hitam putih dengan kedua-kedua matanya berwarna hijau dan biru
Comot juga dilengkapi dengan teknologi prototaip "fur-pigmentation-override". Teknologi ini membolehkan Comot untuk melakukan penyamaran dengan menukarkan warna bulunya mengikut keadaan sekeliling.
instagram.comDan yang paling unik, senjata yang Ali gunakan ialah lastik. Alat permainan tradisional yang diberi sentuhan moden ini memang lain dari yang lain!
Amacam? Ok ke tak? Video ini yang telah viral sejak beberapa hari lalu mendapat pujian demi pujian daripada orang ramai.
Siapakah Wau Animation?
Wau Animation merupakan sebuah studio animasi CG (computer graphics) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat muda kreatif yang memiliki sehingga 7 tahun pengalaman dalam menghasilkan CG siri animasi dan filem yang memenangi anugerah berganda.
Aspirasi Wau adalah keinginan untuk membuat animasi yang akan menggerak penonton. Wau berhasrat untuk menghasilkan cerita yang menakjubkan, menghiburkan, serta bermakna, dan pada masa yang sama dapat menyatukan intipati tempatan dalam karya, kerana mereka percaya identiti Malaysia yang unik perlu dibawa ke hadapan.
Ejen Ali dikatakan bakal ditayangkan di TV3 pada 1 Januari 2016 dengan mensasarkan penonton berusia antara tujuh hingga 14 tahun
Maklumat lanjut boleh layari:
YouTube thewaufactor
Instagram Ejen Ali
Facebook Ejen Ali
Laman web www.wau.my
Facebook Wau Animation Sdn Bhd
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!