seismik

"Ia Adalah Satu Bencana" - ERL Mengaku Tersilap Langkah Naikkan Tambang

Mungkinkah tambang akan turun semula ke RM35 sehala?

Cover image via www.tripadvisor.com.au

Ingat lagi detik apabila ERL mengumumkan kenaikan tambang KLIA Ekspres dari RM35 ke RM55 akhir tahun lepas?

Tak mungkin anda dah lupa.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan struktur tambang baru bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari 2016.

Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor berkata melalui penstrukturan kadar baru itu, tambang akan naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2.

Menurutnya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Macam tak percaya tambang khidmat keretapi yang perjalanannya hanya memakan masa 30 minit boleh naik sampai 47% sekali gus! Kesian rakyat-rakyat marhaen terpaksa menanggung kenaikan kos.

Dan selepas hampir 6 bulan menaikkan harga tambang, ERL akhirnya mengakui bahawa tindakan tersebut merupakan satu bencana

CEO ERL, Noormah Mohd Nor.

Image via www.marcopolis.net

CEO ERL, Noormah Mohd Nor berkata mereka sentiasa berusaha memenuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan servis bertaraf dunia, termasuk meningkatkan frekuensi perjalanan ke KLIA dan menambahbaik infrastruktur serta keselesaan pengguna.

Walaubagaimanapun, ada beberapa masalah yang mereka hadapi terutamanya dari segi menawarkan tambang yang berpatutan kepada pengguna. Maklumlah, ada ramai pengguna yang menggunakan tren ini setiap hari untuk pergi bekerja.

“Antara masalah utama yang kami hadapi ialah persaingan ketat diantara pembekal perkhidmatan transportasi yang lain. Malah, peningkatan kadar tambang sebanyak 47 peratus mulai Januari lalu merupakan satu bencana,” ujar Normah.

Rakyat sudah pun bersuara. Jadi, adakah ERL akan menurunkan harga tambangnya selepas ini? Sama-sama kita tunggu.

Statistik menunjukkan seramai 30 juta pengguna telah menggunakan servis ERL sejak ianya dilancarkan pada tahun 2002

Dan ERL mensasarkan jumlah pengguna sebanyak 3.5 juta sehari, sama seperti laluan tren Narita Express yang menghubungkan Shinjuku ke Lapangan Terbang Narita di Jepun.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak baik kutuk negara sendiri. Cuba tengok apa yang ada di Korea Utara ni:

You may be interested in: