Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama UKM, UMK, NSM & TWG Demi Kesejahteraan Emosi Sejuta Murid
Eskayvie turut mengumumkan penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre sempena ulang tahun ke-17 jenama itu.
Cover image via EskayvieFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan ulang tahun ke-17 yang bertemakan "17 Years of Excellence, Transforming Lives Together", peneraju industri kesihatan tempatan, Eskayvie hari ini memeterai kerjasama strategik bersama tiga institusi terkemuka tanah air
Kolaborasi melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) serta melalui kolaborasi bersama Technical Working Group (TWG) yang terdiri daripada pakar-pakar AAA Vision Academy itu bertujuan membangunkan Modul B.R.A.I.N, sebuah kerangka kerja kesejahteraan minda dan emosi yang dirancang untuk memberi manfaat kepada lebih sejuta murid di seluruh negara.
Modul B.R.A.I.N diperkenalkan bagi menyokong fokus dan kestabilan emosi pelajar dalam mendepani cabaran gaya hidup moden seperti masa skrin (screen time) yang berlebihan, kurang tidur, dan nutrisi tidak seimbang.

Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menegaskan bahawa pembangunan generasi masa hadapan memerlukan pendekatan holistik yang melangkaui aspek akademik.
"Anak-anak hari ini bukan sahaja berdepan tekanan pelajaran, tetapi juga cabaran emosi dan digital yang kompleks. Eskayvie percaya pembangunan negara bermula daripada pembangunan insan yang sihat fizikal dan mental," jelas beliau.
Penubuhan Pusat Penyelidikan & Inovasi Eskayvie
Melakar sejarah baharu, Eskayvie turut mengumumkan penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre. Pusat ini akan berfungsi sebagai hub rujukan bagi kajian klinikal, penyelidikan saintifik, serta inovasi teknologi kesihatan dengan kerjasama pakar dari dalam dan luar negara.
Ketua Penyelidik & Inovasi Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menambah bahawa faktor pemakanan mempunyai kaitan rapat dengan cara murid berfikir dan mengawal emosi.
"Penyelesaian kepada gangguan emosi dan hilang fokus memerlukan gabungan pendidikan, intervensi kesejahteraan, dan sokongan nutrisi yang menyeluruh," katanya.

Dalam majlis yang sama, Eskayvie turut memperkenalkan beberapa pembaharuan sebagai persediaan ke pasaran global:
- Wajah Baharu: Kemasan segar bagi produk ikonik Eskayvie Diffenz dan Diffenz Junior.
- Dunia Digital: Pelancaran Eskayvie Mobile Apps untuk kemudahan pengguna.
- Hiburan Pendidikan: Pengenalan siri animasi kanak-kanak tempatan bertajuk 'Owi'.
Majlis yang berlangsung di Akademi Eskayvie itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan strategik, media, usahawan Eskayvie Nexus, serta duta jenama kesayangan ramai, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


