Eskayvie & Universiti Malaya Jalin Kerjasama, Jalankan Kajian Klinikal Nutrisi Mindtropic

Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) itu telah berlangsung di Canseleri Universiti Malaya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Eskayvie

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Eskayvie Sdn Bhd secara rasminya mengumumkan kerjasama strategik bersama Universiti Malaya (UM) bagi menjalankan kajian klinikal terhadap produk nutrisi minda keluaran mereka, Mindtropic

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan formulasi lengkap produk berkenaan dari segi prestasi kognitif, daya tahan terhadap tekanan, fungsi sistem saraf autonomi, serta kualiti tidur, sekali gus memperkukuh asas saintifik dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk kesihatan tempatan.

Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) telah berlangsung di Canseleri Universiti Malaya. UM diwakili oleh Naib Canselor, Professor Dato' Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, manakala Eskayvie diwakili oleh Pengarah Urusan, Datin Dr Kartika Wati Mohamed. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie, Datuk Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, serta Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi.

SAYS.com
Image via Eskayvie

Menurut Datin Dr Kartika, selepas 17 tahun membangunkan Eskayvie, syarikat itu mahu terus meningkatkan mutu produknya dengan menjadikan penyelidikan sebagai antara keutamaan dalam pembangunan dan inovasi.

"Kepercayaan pengguna terhadap Mindtropic mendorong kami untuk terus melangkah lebih jauh dalam penyelidikan dan inovasi. Melalui kerjasama dengan Universiti Malaya, kami mahu menilai formulasi lengkap Mindtropic secara klinikal bagi mendapatkan bukti saintifik yang lebih menyeluruh tentang keberkesanannya.

"Bagi kami, kepercayaan itu datang bersama tanggungjawab untuk terus mengutamakan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk. Kami berharap kerjasama ini turut membuka peluang kepada lebih banyak penyelidikan dan penerbitan saintifik pada masa hadapan,"

katanya.

Kajian klinikal ini bakal dijalankan bersama Clinical Investigation Centre (CIC), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengikut protokol yang diluluskan serta piawaian penyelidikan antarabangsa

Sementara itu, Datuk Dr Syid Ayob menjelaskan bahawa pembangunan Mindtropic mengambil kira hubungan antara fungsi kognitif, tindak balas terhadap tekanan dan kualiti tidur yang mempengaruhi prestasi minda seseorang.

"Mindtropic dirumuskan dengan gabungan bahan yang dipilih berdasarkan fungsi dan rasional saintifik masing-masing. Dalam menilai prestasi minda, kita bukan sahaja melihat fokus dan daya ingatan, tetapi juga keupayaan seseorang menghadapi tekanan serta mendapatkan tidur yang berkualiti.


"Setiap bahan mempunyai asas penyelidikannya tersendiri. Melalui kajian klinikal ini, kami mahu melangkah lebih jauh dengan menilai keberkesanan gabungan bahan tersebut sebagai satu formulasi lengkap. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada penyelidikan dan inovasi produk kami pada masa hadapan," katanya.

SAYS.com
Image via Eskayvie

Bagi pihak Universiti Malaya, Professor Dato' Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata: "Di Universiti Malaya, kami percaya penyelidikan bukan sahaja perlu menghasilkan ilmu baharu, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat. Kerjasama dengan Eskayvie membolehkan kami menggabungkan kepakaran saintifik dan keupayaan penyelidikan universiti dengan inovasi serta keperluan industri.

"Kami berharap kajian klinikal ini dapat menghasilkan bukti saintifik yang berkualiti, sekaligus membuka ruang kepada pembangunan inovasi kesihatan yang lebih relevan dengan keperluan masyarakat," katanya.

Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh asas penyelidikan Mindtropic serta membuka ruang kepada kajian lanjutan dan penerbitan saintifik bagi menyokong pembangunan produk
kesihatan tempatan.

Inisiatif ini juga merupakan kesinambungan daripada penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre, sebuah hab penyelidikan dan inovasi yang memberi tumpuan kepada kajian klinikal, pembangunan formulasi, pendidikan kesihatan awam serta penerokaan teknologi kesihatan baharu. Melalui pusat ini, Eskayvie berhasrat memperluas kerjasama dengan universiti, penyelidik dan pakar kesihatan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi membangunkan produk serta penyelesaian kesihatan berasaskan sains.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: