seismik

Siapa Yang Bakal Menjuarai Kejohanan Dota 2 #ESLOne Genting Dan Bawa Pulang RM1.5 Juta?

Pertandingan #ESLOne Genting ini akan berlangsung di Resorts World Genting.

Cover image via Cyberivanovo

Rasai kehebatan ESL One Genting yang kini kembali lagi ke Arena of Stars di Resorts World Genting!

ESL One Genting 2018, Dota 2 Minor Malaysia yang pertama ini akan menampilkan 16 pasukan terbaik Dota 2 dari seluruh dunia.

Image via ESL One

ESL One Genting yang telah bermula pada 23 Januari (group stage), 26 Januari (playoffs) sehingga 28 Januari akan menyaksikan 16 pasukan teratas Dota 2 berentap untuk meraih hadiah terkumpul berjumlah USD400,000 (RM1.5 juta) dan trofi ESL One.

Image via ESL One

Juara akan membawa pulang USD160,000 (RM600,000) manakala runner-up akan membawa pulang USD80,000 (RM300,000). Tempat ketiga dan keempat akan memenangi USD40,000 (RM150,000) untuk setiap kumpulan.

Image via ESL One

Mereka memerlukan 400 Mata Kelayakan yang akan menentukan perjalanan mereka ke The International 2018.

Mata Kelayakan hanya akan dianugerahkan kepada pasukan Top 4

Malaysia selaku tuan rumah untuk ESL One Genting pada tahun 2018 akan menerima sorakan hebat dari ribuan penyokong E-Sukan dari seluruh dunia!

Image via ESL One

Red Bull merupakan penaja minuman tenaga rasmi bagi acara berkenaan dan kejohanan ESL One yang lain di seluruh dunia.

Image via ESL One

Kali ini, lapan pasukan terbaik dunia akan berentap dengan lapan lagi pasukan dari pusingan kelayakan di peringkat kumpulan

Image via ESL One

Kejohanan ini akan menampilkan enam pasukan dari Eropah, empat pasukan dari China, tiga pasukan dari Asia Tenggara, dua pasukan dari Amerika Utara, dan satu pasukan dari Amerika Selatan.

Peringkat kumpulan telah bermula Selasa lalu di mana beberapa pasukan telah tersingkir iaitu: Complexity, SG E-Sports, Penta Sports, Planet Dog, TNC Pro Team, LGD Forever Young, Fnatic, and Mineski.

Macam mana pula dengan jadual & format permainan ESL One Genting 2018?

Image via Esl One

Bermula pada 26 Januari, mereka akan berentap di dalam format Top 5 (Bo5), suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan dalam format Top 3 (Bo3) sebelum ke grand final.

Untuk group A peringkat kumpulan, Team Secret telah berjaya ke peringkat separuh akhir manakala Vici Gaming & Virtus Pro akan berentap pada peringkat suku akhir

Untuk peringkat kumpulan group B pula, Team Liquid telah mara ke separuh akhir manakala VG.J Thunder telah mara ke suku akhir bersama Evil Geniuses!

Juara bagi peringkat kumpulan akan terus ke separuh akhir, manakala tempat kedua dan ketiga akan berentap di suku akhir. 

Kumpulan mana yang bakal merangkul gelaran juara di Grand Final ESL One Genting hari Ahad ini?

Sama-sama kita nantikan hujung minggu ini!

Image via GIPHY

Kami juga akan cover #ESLOne Genting bermula hari ini sehingga hari Ahad

Ikuti kami di Facebook , Twitter dan Instagram untuk live updates!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Siapa cakap main game tak boleh buat duit?

"Depression" adalah suatu yang real. Jaga-jaga!

You may be interested in: