seismik

"Everyone's Favourite!" - 7 Seller Di Shopee Ini Jual Pasu Bunga Nordic Murah & Cantik

Aduh, kenapa baru tahu ni?

Cover image via Shopee Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut je pasal pasu bunga nordic, tentu anda sudah dapat bayangkan pelbagai bentuk dan warna yang cantik untuk menghias rumah bukan?

Anda tahu tak, banyak pasu bunga murah dan cantik dekat Shopee yang mungkin anda tak perasan selama ini?

Say no more! Kali ini kami akan kongsikan beberapa kedai yang menjual pasu bunga nordic dan transparent dengan harga tak sampai RM30 je.

Jom check it out 7 trusted seller di bawah:

1. Porcelain creative nordic vase

Kedai ini menjual 13 design dengan saiz dan warna pastel yang berbeza. Kalau tema rumah anda berkonsepkan warna lembut, pasu bunga ini sudah pasti menjadi pilihan pertama anda. Sejuk je mata memandang kan? Murah pun murah!

Harga: RM4.56 hingga RM11.49
Klik link ini untuk beli.

2. Unbreakable plastic vase nordic style

Siapa je yang tak suka dengan warna putih yang mendamaikan betul tak? Kesemua enam jenis pasu bunga di kedai ini mempunyai keunikan reka bentuknya yang tersendiri. Bukan itu saja, materialnya yang plastik membuatkan anda lagi senang untuk menjaga tanpa risau pecah kalau jatuh.

Harga: RM3.92 hingga RM5.40
Klik link ini untuk beli.

3. Transparent glass vase for dry flower

Kalau anda tak suka pasu bunga yang full colour, jangan risau. Kedai ini menjual 10 jenis pasu bunga glass transparent yang sudah pasti akan memikat hati anda. Daripada bentuk bulat hinggalah memanjang, semuanya cantik dan berbaloi!

Harga: RM5.90 hingga RM9.50
Klik link ini untuk beli.

4. Modern creative nordic glass vase

Sukakan konsep modern dan elegant? Anda wajib cari kedai ini yang menjual pelbagai jenis pasu bunga nordic glass cantik-cantik belaka. Terdapat dua pilihan warna iaitu normal dan brown transparent vase.

Harga: RM4.00 hingga RM13.00
Klik link ini untuk beli.

5. Minimalist white ceramic vase

Berbanding dengan enam kedai lain, kedai ini menjual pasu bunga tinggi yang bertemakan minimalist sesuai bagi anda yang mahukan konsep simple tetapi cantik. Malah, harganya juga agak mahal, namun masih mampu milik.

Harga: RM17.00 hingga RM68.00
Klik link ini untuk beli.

6. Iron transparent glass vase

Jika anda rasa pasu-pasu bunga di atas sudah 'too common' kerana ramai yang menggunakannya, mungkin anda boleh cuba iron transparent glass vase ini pula. Warna gold yang menampakkan ia mahal sekali gus akan menaikkan seri ruang di rumah anda walaupun hanya meletakkan sebatang pokok saja di dalamnya.

Harga: RM16.61
Klik link ini untuk beli.

7. Spain valaria bubble vase

"Comelnya!" itulah ayat pertama yang akan keluar daripada mulut anda jika melihat design pasu bunga bubble ini. Anda perlu menuangkan sedikit air untuk menampakkan bulatan-bulatan bubblenya. Antara bunga yang sesuai diletakkan di dalamnya adalah tulip, lili dan eucalyptus leaves.

Harga: RM13.22 hingga RM22.79
Klik link ini untuk beli.

Macam mana guys ada yang teracun tak? Jangan lupa add to cart dulu. Cepat-cepatlah beli ya! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik