Fakulti Pengurusan Haji & Umrah YEG @ Cyberjaya Kini Dirasmikan, Tawar Program ‘Fast Track’ Degree

Perasmian itu bersempena pelancaran program Melahirkan Profesional Haji dan Umrah 2026 (MPHU 2026).

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri haji dan umrah negara kini memasuki fasa profesionalisme baharu dengan perasmian Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah YEG @ Cyberjaya

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim, bersempena pelancaran program Melahirkan Profesional Haji dan Umrah 2026 (MPHU 2026).

Fakulti yang diuruskan oleh YEG Academy dengan kerjasama Innovative University College ini merupakan transformasi daripada inisiatif Misi Melahirkan Mutawwif Profesional yang bermula sejak 2019. Kini, skopnya diperluas bagi melahirkan pengurus operasi, pembimbing jemaah, pakar rujuk, dan eksekutif agensi pelancongan yang kompeten.

SAYS.com
Image via Fakulti Pengurusan Haji & Umrah – YEG

Fakulti ini menawarkan ekosistem pendidikan yang lengkap bagi memenuhi keperluan industri dan aspirasi Visi Arab Saudi 2030, merangkumi:

  • Sijil Profesional & Diploma (DHUMY): Asas kukuh bagi lepasan SPM.
  • Ijazah Sarjana Muda & Fast Track Degree: Laluan strategik mempercepatkan kelayakan akademik.
  • Sarjana & PhD: Fokus kepada penyelidikan dan pembangunan polisi industri.

Tawar tajaan praktikal 30 hari di Mekah melalui program 'fast track' degree

Salah satu nilai tambah utama yang diperkenalkan adalah Program Fast Track Degree Pengurusan Haji dan Umrah. Program ini bukan sahaja menekankan teori, malah menawarkan Tajaan Penuh 30 Hari Praktikal di Mekah dan Madinah.

Pendedahan lapangan ini membolehkan pelajar merasai sendiri realiti pengurusan jemaah, komunikasi antarabangsa, dan operasi logistik di dua Tanah Suci, sekali gus memberikan kelebihan kompetitif yang tinggi berbanding graduan konvensional.

SAYS.com
Image via Fakulti Pengurusan Haji & Umrah – YEG

Kehadiran YB Adam Adli sebagai tetamu kehormat mencerminkan sokongan padu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap model pendidikan yang mengutamakan kebolehpasaran graduan dan keperluan industri semasa.

"Penganjuran MPHU 2026 adalah platform penting bagi membuktikan bahawa pendidikan tinggi berasaskan kemahiran mampu melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja berilmu, malah berintegriti dalam menguruskan duyufurrahman (tetamu Allah)," jelas kenyataan pihak pengurusan YEG Academy.

Sebagai rekod sejak 2019, fakulti ini telah berjaya melahirkan lebih 1,000 graduan yang kini aktif berkhidmat dalam pelbagai agensi haji dan umrah. Dengan penjenamaan semula ini, YEG Academy komited untuk terus menjadi peneraju dalam melahirkan modal insan profesional yang bakal memartabatkan syiar Islam di peringkat global.

SAYS.com
Image via Fakulti Pengurusan Haji & Umrah – YEG

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: