seismik

FAQ Resit Dan Segala Jawapan Kepada Kekeliruan GST Pada Hari Pertama

Sekiranya resit bertulis mengecaj GST kepada pelanggan, adakah itu dikira sah?

Cover image via beritamestisensasitv898.blogspot.com

1. Apa maksud 'S' dan 'Z' pada resit?

Image via blogspot.com
1. 'S' bermaksud 'standard rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang dikenakan cukai GST 6%.

2. 'Z' bermaksud 'zero-rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST 6%.

2. Macam mana nak tahu jika kedai itu layak atau tidak layak mengenakan GST?

Image via ekeleh.com

Periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Jika ada tercatat ID tersebut di bahagian atas resit, maka kedai itu layak mengenakan caj GST 6% kepada pelanggan.

Sekiranya tiada, maka cukai GST 6% tidak boleh dikenakan kepada pembeli yang membeli barangan di kedai itu.

Hati-hati dengan resit yang ditulis dengan tangan. Sebagai pembeli, anda berhak menyoal tentang kesahihan cukai GST yang dikenakan.

Jika peniaga tidak berdaftar tetapi mengenakan GST, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, KPDNKK.

3. Adakah ini memberi maksud cukai SST dan cukai perkhidmatan (service tax) yang dikenakan sebelum ini dihapuskan?

Ya bagi SST. SST dihapuskan sepenuhnya dan adalah satu kesalahan jika peniaga mengenakan GST+SST sekaligus.

Untuk cukai perkhidmatan pula, bagi hotel dan restoran, GST dikenakan sebanyak 6%, ditambah dengan cukai perkhidmatan sebanyak 10%, dan digabungkan dengan GST 6% keatas cukai perkhidmatan.

Image via thestar.com.my

Sebagai contoh dalam gambar di atas, harga sebelum dan selepas GST adalah berbeza.

1. Pengiraan cukai cara lama

Cukai perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan 6% dikira secara berasingan keatas harga RM19.50.

Cukai Perkhidmatan 10% daripada RM19.50 = RM1.95
Cukai Kerajaan 6% daripada RM19.50 = RM1.17

Jumlah Cukai = 1.95 + 1.17 = RM3.12

Oleh itu, jumlah besar anda akan menjadi RM19.50 + RM3.12 = RM22.62

2. Pengiraan cukai dengan GST

Terdapat sedikit penambahan dalam mengira harga barang RM19.50.

Cukai Perkhidmatan 10% daripada RM19.50 = RM1.95
GST 6% daripada RM19.50 = RM1.17

GST 6% keatas Cukai Perkhidmatan = 6% x RM1.95 = RM0.117 (atau RM0.12)

Jumlah Cukai = 1.95 + 1.17 + 0.12 = RM3.24

Oleh itu, jumlah besar anda akan menjadi RM19.50 + RM3.24 = RM22.74

4. Apa pula maksud 'Value-Added Tax' atau VAT pada sesetengah resit?


'Value-Added Tax' adalah nama lain bagi GST yang digunakan pada sesetengah resit, seperti yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Disebabkan kekeliruan ini, terdapat sesetengah peniaga juga yang membuat kesilapan dalam mengenakan cukai, contohnya 7-Eleven, namun mereka telahpun memohon maaf

Rangkaian kedai runcit 24 jam paling terkenal di Malaysia 7-Eleven meminta maaf kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk jualan akhbar.

Menulis di Facebook, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.

“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan."

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,”
kata 7-Eleven.

malaysiakini.com

Jadi, bagaimana nak elakkan kejadian ini berulang? Ikuti beberapa tips di bawah:

a) Sentiasa periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Hanya peniaga berdaftar sahaja yang layak menerimanya.

b) Resit haruslah dicetak, bukan ditulis. Resit bertulis tidak boleh mengenakan caj GST 6%.

Image via FizGee Dak Pizs

c) Anggarkan berapa jumlah pendapatan tahunan bagi peruncit tersebut, sama ada lebih RM500,000 atau kurang.

Image via imgur.com

Menurut GST.com, peruncit perlu memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM500,000 sebelum mereka layak mengenakan GST. Ini adalah untuk memastikan perniagaan kecil boleh hidup dengan bebas GST dan tidak perlu menanggung kos pendaftaran.

Walau bagaimanapun, harus diingat peruncit yang belum mencapai jumlah minimum juga boleh secara sukarela memohon untuk berdaftar GST.

d) Layari gst.customs.gov.my bagi mendapatkan butiran lanjut tentang barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST.

Image via says.com

Anda boleh cari maklumat seperti:

i. Nama perniagaan
ii. Nombor pendaftaran perniagaan
iii. Nombor pendaftaran GST

Sekiranya masih terjadi penipuan dalam pengiraan cukai GST oleh peruncit, anda boleh terus mengemukakan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Alwi (kanan) bersama Ketua Unit Akta Pencatutan, Rozma Abd Rahman menunjukkan buku yang perlu dimiliki pengguna bagi membantu mereka lebih memahami berkaitan harga barangan sebelum dan selepas perlaksanaan GST.

Image via sinarharian.com.my

"Kita tidak menolak kemungkinan terdapat sesetengah peniaga ada yang cuba mengelirukan pengguna melalui perlaksanaan GST, sebagai contoh mereka mengelirukan sama ada ‘government service tax’ atau ‘goods and service tax’ ia sama sahaja menggunakan singkatan GST.

“Sekiranya aduan diterima tindakan segera akan dikenakan serta dakwaan terus dibuat di bawah Anti Pencatutan dan Kawalan Harga,” kata Timbalan Pengarah KPDNKK Pahang, Alwi Abd Hamid.

sinarharian.com.my

Anda juga boleh menggunakan aplikasi MyKira GST untuk membuat aduan. Sementara itu, ambil tahu juga tentang 3 lagi aplikasi yang dapat membantu anda menangani kekliruan GST.

You may be interested in: