Fazura Gelar Peminat 'Iblis' Dalam Pertengkaran Di Instagram Rozita Che Wan?
Agaknya sekarang memang musim artis bercakaran kot?
Kisahnya bermula begini. Pelakon popular, Rozita Che Wan telah me*repost* atau memuat naik kembali gambar anak lelakinya, Aniq Ezra di akaun Instagram beliau
Gambar itu pada asalnya bertujuan untuk mengucapkan "selamat bergembira" kepada anak lelakinya yang sedang bercuti di Singapura.
Dalam gambar asal, anak lelaki Rozita Che Wan telah menulis caption yang berbunyi "When n**s say I'm lucky , I say that I'm blessed" di akaun Instagramnya
Pelakon jelita Fazura telah membuat teguran secara terbuka kepada Che Ta tentang penggunaan perkataan 'n' itu di ruangan komen Instagram Che Ta
Perkataan yang bermula dari huruf 'n' itu merujuk kepada satu bangsa di luar negara dan penggunaannya memang sensitif. Rozita Che Wan dipercayai telah mengedit caption asal yang telah direpost oleh beliau setelah mendapati ia kurang sesuai.
Tetapi tiba-tiba seorang peminat yang menggunakan nama @kick.your.ass telah menyindir dan memperli Fazura, kononnya Fazura seorang yang hipokrit dan dengki
Apa lagi, naik anginlah pelakon jelita itu. Mungkin kerana terlalu marah, kata-kata yang agak kesat telah dituliskan oleh Fazura dalam ruangan komen kepada peminat tersebut.
Walau apa pun, kami faham dan sangat bersetuju dengan teguran yang disuarakan oleh Fazura. Kita kan orang timur, ikut sajalah gaya orang timur.
Kalau kita sebut perkataan 'n' itu di luar negara, nescaya kita akan dituduh sebagai rasis. Itulah apa yang Fazura ingin sampaikan dalam teguran tersebut. Tetapi teguran ikhlas itu disalah anggap pula. Siapa yang tak marah?
Tapi, Fazura mungkin kena lebih banyak bersabar. Orang se*classy* Fazura macam kurang manis pula kalau mencarut. Cool, okay Faz?