FIFA Perkenal 5 Peraturan Baharu Bagi Elak Pembaziran Masa Di World Cup 2026
Bagus juga rule yang last tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi penggemar sukan bola sepak, pembaziran masa sudah pasti perkara yang selalu dapat diperhatikan dalam sesebuah perlawanan
Kekerapan berlakunya situasi ini menyebabkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melakukan penelitian dan pindaan semula dalam undang-undangnya yang kemudiannya telah disahkan akan diguna pakai dalam edisi piala dunia kali ini.

Giovanni Vincenzo Infantino, Presiden FIFA.
Image via GivemesportBerikut adalah 5 perubahan peraturan tersebut:
1. Penggantian pemain yang lebih cepat
Peraturan baharu ini akan menyaksikan pemain yang digantikan mempunyai maksimum 10 saat untuk meninggalkan padang. Jika mereka mengambil masa lebih lama, pemain pengganti mereka mesti menunggu seminit sebelum masuk, meninggalkan pasukan dengan kurang seorang pemain buat sementara waktu, sama seperti apabila pemain perlu keluar padang buat sementara waktu untuk menerima rawatan.
2. Lontaran ke dalam akan ditetapkan masanya
FIFA memperkenalkan had masa lima saat sahaja setiap kali bola keluar dari permainan sehingga dimulakan semula. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu. Apabila telah melebihi had masa, pihak lawan diberikan bola serta merta.
3. Rawatan mesti dijalankan di luar padang
Pemain yang menerima rawatan perubatan di padang mesti keluar dan menunggu seminit sebelum kembali, melainkan kecederaan itu disebabkan oleh kekasaran yang diberikan kad. Walaupun situasi ini telah berlaku sejak beberapa musim kebelakagan ini, FIFA dilihat lebih proaktif dalam memastikan permainan dimulakan semula dengan cepat.
4. Hanya kapten boleh mendekati pengadil
Setelah dilaksanakan dalam pertandingan-pertandingan bola sepak di Eropah, peraturan ini diperkukuhkan lagi pada edisi piala dunia kali ini dimana hanya kapten sahaja boleh mendekati pengadil untuk meminta penjelasan, pemain lain boleh dikenakan kad kuning jika mereka mengelilingi pegawai.
5. Peluasan dalam penggunaan VAR
VAR kini akan dapat menyemak kad kuning kedua yang mengakibatkan kad merah, serta sepakan sudut yang diberikan secara salah. Peraturan ini dilihat akan membangkitkan kontroversi kerana ia mungkin mengambil masa untuk pengadil di belakang VAR menyesuaikan diri dengan protokol baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via