FIFA Perkenal Ganjaran Baharu, Juara Piala Dunia 2026 Bakal Bawa Pulang Cincin Kejuaraan

Setiap cincin turut mempunyai rekaan eksklusif dengan imej Trofi Piala Dunia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Dreamstime & FIFA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selama ini, pasukan yang muncul juara Piala Dunia FIFA hanya diraikan dengan trofi ikonik dan pingat emas

Namun edisi 2026 bakal mencipta sejarah baharu apabila FIFA memperkenalkan cincin kejuaraan rasmi buat julung kalinya.

Tradisi yang cukup sinonim dengan liga sukan utama Amerika Syarikat seperti NBA, NFL dan MLB itu kini dibawa ke pentas bola sepak paling berprestij di dunia.

Cincin eksklusif khas untuk juara dunia

SAYS.com
Image via FIFA

Menurut FIFA, cincin berkenaan akan diberikan kepada pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2026 sebagai simbol kejayaan mereka, selain trofi dan pingat emas yang lazim diterima.

Apa yang menarik, sejurus tamat perlawanan akhir nanti, kapten pasukan dan ketua jurulatih akan menerima cincin sementara sebelum kesemua cincin rasmi disiapkan mengikut identiti pasukan juara.

Setiap cincin turut mempunyai rekaan eksklusif dengan imej Trofi Piala Dunia pada satu sisi, manakala sisi yang satu lagi akan memaparkan elemen khas negara yang muncul sebagai juara.

Hanya 30 cincin untuk pasukan juara

SAYS.com
Image via FIFAImage via

Lebih eksklusif, FIFA hanya menyediakan 30 cincin khas untuk anggota pasukan yang menjuarai kejohanan tersebut.

Bukan itu sahaja, FIFA turut menghasilkan koleksi terhad sebanyak 2,026 cincin sempena Piala Dunia 2026. Daripada jumlah itu, 30 cincin diperuntukkan kepada pasukan juara manakala baki 1,996 unit akan dijual kepada peminat di seluruh dunia sebagai produk rasmi berlesen FIFA. Bagaimanapun, harga jualannya masih belum diumumkan.

Pengenalan cincin kejuaraan ini bukan dibuat secara kebetulan. Memandangkan Piala Dunia 2026 dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, FIFA dilihat mengambil inspirasi daripada budaya sukan profesional Amerika Utara yang sejak sekian lama menghadiahkan cincin kepada atlet atau pasukan yang bergelar juara.

Ia sekali gus menambah satu lagi simbol prestij buat pasukan yang berjaya menakluk kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Lihat video di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: