seismik

Filem 'OlaBola' Memang Terbaik Gila! Saya Bagi 5 Sebab Kenapa Anda WAJIB Tonton Filem Ini

Sesiapa saja yang bergelar rakyat Malaysia mesti masukkan filem ini dalam senarai WAJIB TONTON.

Cover image via Astro Shaw

Pada 11 Januari 2016, SAYS dijemput untuk hadir ke tayangan pra-tonton filem 'OlaBola' bersama media bertempat di GSC Maxx, Berjaya Times Square

Barisan pelakon dan pengarah filem OlaBola.

Image via Astro Shaw

Setelah memulakan rangkaian promosi sejak sebulan lalu menerusi trailer filem, lagu tema dan pelbagai lagi, pihak Astro Shaw Sdn Bhd mengadakan sesi pra-tonton filem OlaBola bersama media pada 11 Januari 2016. Majlis pra-tonton ini dihadiri oleh lebih 170 ahli media.

Saya begitu teruja apabila menerima jemputan. Maklumlah, siapa tak nak tengok filem hasil dari pengarah berwawasan, Chiu Keng Guan yang pernah pecah rekod sebelum ini.

Pengarah OlaBola, Chiu Keng Guan.

Image via Astro Shaw

Chiu berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi melalui filem arahannya, The Journey dengan kutipan sebanyak RM17.28 juta pada 2014.

Filem itu bagaimanapun dapat diatasi oleh filem Polis Evo tahun lalu dan kini menduduki tangga kedua dalam senarai filem paling tinggi kutipan di Malaysia.

Kejayaan The Journey serta-merta melonjakkan nama Chiu dalam persada filem tempatan. Malah, orang ramai turut look forward untuk menyaksikan naskhah terbaru Chiu pada masa akan datang.

Dan kini, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Chiu sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila menghasilkan sebuah filem yang sarat dengan intipati dan mencerminkan budaya Malaysia melalui sukan bola sepak.

Image via Astro Shaw

Berlatarbelakangkan era 1980-an, OlaBola merupakan kisah tentang kejayaan, keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Image via Astro Shaw

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini memaparkan semangat rakyat berbilang bangsa bersatu padu dalam memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan kesayangan mereka sewaktu Malaysia berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.

Saya, seperti orang lain meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap filem ini. Melalui trailer saja, saya boleh rasakan karya Chiu kali ini pasti memberangsangkan. Saksikan trailer penuh:

Ternyata, harapan menggunung saya tidak dipersiakan. Filem OlaBola memang terbaik dan best gila! Ia benar-benar menjangkaui jangkaan saya.

Image via Astro Shaw

Sejurus habis menonton, saya bagaikan speechless. Filem ini amatlah berkualiti tinggi dan setanding dengan filem-filem dari luar negara. Dari segi garapan, skrip, emosi, penyampaian, sinematografi dan lain-lain, saya rasa segalanya dilakukan dengan sangat baik. Cukup ramuan untuk menjadikan filem ini sebuah blockbuster!

Usaha keras yang diberikan oleh Chiu, para pelakon, dan seluruh krew produksi filem OlaBola nampaknya begitu membuahkan hasil. Saya rasa begitu bangga melihat filem dengan kualiti sebegini mampu dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, filem ini ada potensi untuk pecah rekod because it is VERY VERY GOOD!

Di sini saya bagi 5 sebab kenapa filem OlaBola ini anda WAJIB tonton:

1. Membariskan para pelakon amatur dengan kualiti lakonan mengalahkan pelakon berpengalaman

Image via Astro Shaw

Filem ini didukung oleh pelakon-pelakon baru berbakat besar antaranya JC Chee, 29 (Tauke), Saran Kumar, 21 (Muthu), dan Luqman Hafidz, 25 (Ali). Ketiga-tiga watak utama ini begitu menonjol dan berjaya menghidupkan jalan cerita OlaBola.

Image via Astro Shaw

Walaupun semuanya first time berlakon, mereka tampak begitu bijak melakonkan peranan masing-masing. Mereka berjaya menterjemahkan emosi dengan baik sekali sehingga mampu menyentuh hati penonton.

Image via Astro Shaw

Kredit juga perlu diberikan kepada barisan pelakon lain yang turut menunjukkan mutu lakonan yang mantap. Dan untuk Bront Palarae pula, tiada siapa boleh sangkal lagi betapa bagusnya kualiti lakonan beliau dalam apa saja filem yang dibintanginya.

2. Begitu menyentuh hati penonton dengan pelbagai babak emosi turun naik yang mewarnai jalan cerita filem

Image via Astro Shaw

Bagi meninggalkan kesan pada hati penonton, Chiu telah memberi sentuhan ajaib pada setiap watak terutamanya watak utama, Tauke yang harus melalui jalan sukar di mana dia perlu memilih cita-citanya, atau menjadi tempat bergantung harap buat keluarga dan kekasihnya.

Image via Astro Shaw

Manakala Muthu mempunyai hubungan yang tegang dengan ayahnya gara-gara tidak mendapat restu dalam merealisasikan impian untuk menjadi penjaga gol kebangsaan. Malah, penyerang kebangsaan, Ali turut berusaha keras untuk menggalas jersi impiannya iaitu nombor 10.

3. Memfokuskan semangat cintakan negara, dan nilai keharmonian hidup bersatu padu antara semua kaum tanpa sebarang prejudis

Image via Astro Shaw

Filem ini betul-betul menekankan aspek hidup bersatu padu diantara semua kaum. Kita boleh lihat semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, atau warna kulit mempunyai satu misi dan visi yang sama iaitu menyaksikan kejayaan pasukan bola sepak negara ke persada antarabangsa.

Image via Astro Shaw

Semua orang bercakap tentang bola sepak, tidak kira di rumah, di pejabat, di fun fair, dan di mana-mana saja. Rakyat bersatu sebagai satu di belakang pasukan kebangsaan kesayangan mereka. Saya yakin, semangat cintakan negara yang ditonjolkan dalam filem ini benar-benar dapat memberi impak besar kepada sesiapa saja yang menonton.

4. Bukan saja tentang bola sepak, tetapi lebih kepada persahabatan, kekeluargaan, dan perjuangan

Image via Astro Shaw

Jika mendengar tajuk OlaBola pasti ramai menyangka filem fiksyen ini hanya memaparkan sukan bola sepak. Namun istimewanya, ia turut menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, kekeluargaan dan keharmonian hidup berbilang bangsa sebagai intipati utama.

Image via Astro Shaw

Ketabahan merupakan perbezaan utama di antara kerjaya dan kegagalan dalam perjalanan kehidupan. OlaBola bijak mencerminkan kepercayaan bahawa sukan merupakan guru terbaik kepada pengajaran nilai-nilai murni. Kuasa sukan yang luar biasa mampu menjadikan diri seseorang lebih tabah mengharungi cabaran.

5. Menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari luar negara yang berpengalaman

Image via Astro Shaw

OlaBola telah menggunakan khidmat pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood bagi menonjolkan lagi unsur-unsur tahun pada ketika itu. Sebagai contoh, babak perlawanan di Stadium Merdeka, dan pesta gaya 80-an yang dibina khas untuk filem ini.

Image via Astro Shaw

Selain Argentina, Chiu juga mendapatkan khidmat sinematografi udara terbaik dari Australia, pos produksi dan pemenang anugerah audio dari Taiwan, Tu Duu-Chih. Malah, turut menggunakan khidmat Chin Ting Chang, seorang pengarah fotografi dari filem Kano.

Sebenarnya, ada banyak lagi sebab dalam fikiran saya. Cuma ia tidak boleh diterjemah melalui kata-kata. Anda kena tengok dan feel sendiri baru anda tahu betapa bagusnya filem ini.

Image via Astro Shaw

So Malaysians, saya sarankan supaya anda semua pergi tonton filem OlaBola di pawagam mulai 28 JANUARI 2016 ini. Tolong bawa mak, ayah, abang, kakak, adik, atuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu, saudara, jiran-jiran, kawan-kawan, boyfriend, girlfriend, atau siapa-siapa saja semua ke panggung wayang.

Macam saya katakan tadi, filem ini bukan saja tentang bola sepak, tetapi ia lebih berkisar mengenai kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Pergilah tonton sebab saya yakin anda tak akan menyesal.

Tak keterlaluan jika saya bagi rating 10 bintang untuk OlaBola. Ya, saya memang sukakan filem ini dari segala aspek. Paling penting, saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia selepas menonton filem ini. Sama-samalah kita pertahankan bumi Malaysia yang bertuah ini.

OlaBola: You Will Believe Again.

Image via Astro Shaw

STAY TUNED! Kami ada 10 pasang tiket tayangan perdana filem OlaBola khas untuk para pembaca setia kami yang akan kami umumkan minggu depan.

Image via Astro Shaw

Follow kami di Facebook SAYS SEISMIK dan Twitter untuk segala update terkini mengenai giveaway ini. Mana tahu anda yang kami pilih ;)

Pernah dengar 'Ejen Ali'?

Leave a comment