seismik

Filem Upin & Ipin Sebaris Frozen, Tersenarai Dalam Oscars 2020 Untuk Filem Animasi Terbaik

Power gila!

Cover image via Twitter @TeamMsia Oscars

Filem animasi tempatan ke persada antarabangsa!

Image via blogspot.com

Filem 'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan Oscars 2020 untuk kategori Filem Animasi Terbaik.

Ini bermakna, filem Upin & Ipin ini sebaris dengan filem-filem antarabangsa popular seperti Frozen 2 dan Toy Story 4. Wow!

Lihat senarai penuh 32 filem di sini.

Berita ini telah diumumkan menerusi Instagram @upinipinofficial tengahari tadi

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan mengenai pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Si Tanggang dan banyak lagi.

Salah satu syarat yang ditetapkan oleh Oscars adalah filem yang tersenarai harus ditayangkan di pawagam di Los Angeles selama sekurang-kurangnya 7 hari

Syarikat induk yang menghasilkan animasi Upin & Ipin, Les' Copaque Production berkata Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal akan ditayangkan di Los Angeles di Amerika Syarikat dalam masa terdekat dalam format bahasa Inggeris dengan tajuk 'Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris'.

Treler baru juga akan dimuat naik tidak lama lagi.

Les' Copaque Production kini telah mengumpul seramai 6.8 juta 'subscribers' di YouTube ketika artikel ini ditulis.

Image via kr8tifexpress.com

Untuk makluman, filem ini merupakan yang terbaik pernah dihasilkan oleh Les' Copaque Production sejak penubuhannya apabila berjaya mencatat jumlah kutipan sebanyak RM25 juta dalam masa 3 minggu sahaja dengan 2 juta penonton, mengalahkan kutipan The Incredibles 2. Hebat!

Dalam pada itu, Les' Copaque Production telah pun menghasilkan 10 minit pertama filem Upin & Ipin tersebut dalam bahasa Inggeris. Saksikan di bawah:

Selain Upin & Ipin, Malaysia juga menghantar penyertaan bagi filem 'M For Malaysia' ke Oscars untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik

Image via M For Malaysia

'M for Malaysia' merupakan sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai titik tolak yang mengubah negara kita dan ia menampilkan dokumentasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun.

Memang power-lah! Semoga kedua-dua filem ini berjaya mengalahkan filem-filem hebat yang lain. All the best!

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment