Filem ‘Wanted By Family’ Yang Lokasi Penggambarannya Di Malaysia Bakal Tayang Di Lebih 25 Negara

Filem Wanted By Family bakal ditayangkan di lebih 450 pawagam di lebih 25 negara bermula 8 Oktober depan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Infinity Films

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem komedi sosial terbaharu terbitan Infinity Films bersama produksi mega Arab, Synergy Plus, bertajuk Wanted By Family (judul asal Mr VIP atau Matlob A'liliyan dalam bahasa Arab) bakal mula ditayangkan di lebih 450 pawagam merangkumi lebih 25 buah negara bermula 8 Oktober depan

Pengarah Eksekutif dan penerbit kelahiran Iraq yang membesar di Malaysia, Abdulrahman Suud melahirkan rasa teruja memandangkan filem arahan Mootaz El Tomy itu turut mengambil lebih 40 peratus lokasi penggambaran di Malaysia.

Tayangan antarabangsa ini merangkumi pelbagai negara Arab seperti Mesir, Qatar, Iraq, Oman, Lubnan, Kuwait, Bahrain, Syria, Maghribi, Algeria, Tunisia dan Jordan, selain pasaran Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Sepanyol, Turki serta Australia.

Pihak produksi kini dalam fasa perbincangan akhir bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, bagi merealisasikan tayangan tempatan pada bulan yang sama.

SAYS.com

Pesona Karim Abdel Aziz masih hebat dan digilai peminatnya.

Image via Infinity Films

Menampilkan pelbagai latar ikonik negara seperti Menara Kembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad

Mengulas mengenai penganjuran projek tersebut, Abdulrahman menjelaskan bahawa cintanya kepada Malaysia mendorongnya menjadikan medium perfileman sebagai platform mempromosikan keindahan pelancongan tanah air ke peringkat antarabangsa.

Filem yang dibintangi ikon filem Arab, Karim Abdel Aziz, Yasmine Sabri dan pelawak terkenal Mesir, Mostafa Khater ini menampilkan pelbagai latar ikonik negara seperti Menara Kembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Penggambaran filem ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), PUSPAL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggembleng tenaga 220 kru tempatan dan 33 kru serta tenaga kreatif dari Mesir.

Susulan kejayaan ini, Abdulrahman kini merancang penganjuran projek filem baharu bertajuk One Way Ticket yang bakal memulakan penggambaran di lokasi-lokasi menarik lain di Malaysia.

SAYS.com

Abdulrahman turut bertemu dengan pihak FINAS.

Image via Infinity Films

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik