Festival Ini Bakal Menyajikan Makanan Dari Kesemua 14 Negeri Di Malaysia. Rugi Tak Datang!
Bersedia untuk terliur!
Tidak akan lengkap sebuah festival tanpa kehadiran makanan-makanan yang lazat dan menyelerakan
Mana-mana karnival yang dianjurkan, pastinya akan dilengkapi dengan pelbagai sajian bagi memenuhi selera pengunjung.
Sama juga seperti #Gegaria yang akan berlangsung pada 13 Januari nanti, festival ini bakal dimeriahkan dengan lambakan makanan tempatan dari kesemua 14 negeri. Bukan itu saja, Gegaria turut menampilkan chef selebriti iaitu Chef Fikree dan Chef Naem melalui sesi food demo.
1. Sate Kajang Haji Samuri
Mulakan dengan appetizer iaitu hidangan Sate Kajang Haji Samuri. Terdapat pelbagai perisa dihidangkan seperti sate ayam, sate lembu, sate kambing, malah sate rusa dan sate arnab pun ada! Memang lain dari yang lain dan tak boleh nak dapat di mana-mana tempat.
2. Nasi Lemak Tanglin
Mana cukup sekadar appetizer kerana nasi dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Lengkapkan sesi makan anda dengan Nasi Lemak Tanglin yang begitu popular dikalangan warga kota. Penangan sambal pedas manis ditambah pula dengan lauk pauk yang pelbagai dapat memberi satu pengalaman yang mesti puas hati kepada pengunjung.
3. MieCord Char Koay Teow Penang
Inginkan hidangan yang sedikit ringan? MieCord Char Koay Teow Penang sedia menanti anda. Hidangan char koay teow dengan kuah pekat lazat dan udang merah menyala pasti dapat memberi kenikmatan kepada deria rasa dan nafsu makan anda. Sedap bak hang!
4. Mat Utara Ice Blended
Hidangan tak akan lengkap tanpa minuman. Apa kata pekena Mat Utara Ice Blended yang menyajikan pelbagai minuman seperti Mangga Susu Viral, Epal Susu, Kiwi Susu, Blueberry Susu, Avocado Susu, dan macam-macam lagi. Satu cawan memang tak cukup!
5. Tajima Burger
Tengok gambar sahaja dah cukup terliur, apatah lagi bila dikunyah di dalam mulut. Tajima Burger yang begitu popular di Ara Damansara menjadikan 'Chicken Grill' meleleh sebagai menu signature mereka. Bukan setakat itu, hidangan lain yang disajikan seperti American Burger, Tajima Burger, dan Jumbo HD juga tidak boleh dipandang sepi. Kena cuba dulu baru tahu!
6. Rojak & Cendol Shah Alam
Cendol bukan sebarang cendol, rojak bukan sebarang rojak. Di kedai Rojak & Cendol Shah Alam, mereka mengambil serius dalam setiap mangkuk cendol dan setiap pinggan rojak yang dihidang kepada pelanggan. Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata ingin rasai sendiri kelazatan hidangan mereka. Senang cerita, memang terbaiklah!
Cakap panjang lebar pun tak guna, kan? Apa kata anda serbu ke #Gegaria di Setia Alam pada 13 Januari nanti dan alami sendiri syurga makanan yang ada di sana!
Terdapat banyak lagi food trucks dengan pilihan makanan yang pelbagai seperti Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, Ayam Goreng Uncle BoB, Zam Zam Laksa Buyung Pulau Pinang, Meatball Kingdom, dan lain-lain.
Semua hidangan lazat ini akan berkumpul di satu tempat bagi memberi pengalaman makan yang hebat kepada pengunjung.