Forum Kesihatan Global 2026 Himpun Pemimpin Industri Malaysia-Taiwan, Teroka Pasaran ‘Functional Food’ Asia

Kehadiran lebih 80 wakil industri daripada 50 organisasi korporat terkemuka Malaysia dan Taiwan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The PAGE

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Landskap industri kesihatan dan kesejahteraan global kini memasuki fasa transformasi baharu apabila pasaran mula beralih daripada model berorientasikan produk tradisional kepada pendekatan gaya hidup holistik

Bagi mengupas dinamika ini, Forum Trend Pengguna dan Produk Kesihatan Global 2026 (Global Wellness Consumer & Product Trends Forum 2026) secara rasmi berlangsung hari ini bertempat di The Zenith – Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Acara berprestij yang membawakan tema "Defining the Next Generation of Health Industry" ini dianjurkan oleh THE PAGE dengan kerjasama Welbloom Biotechnology dan SEAbizs. Program ini turut mendapat sokongan padu daripada agensi kerajaan dan badan industri utama termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Malaysian Dietary Supplement Association (MADSA), R Pharmacy, Taiwan External Trade Development Council (TAITRA), serta Chinese Biotech & Pharmaceutical Industry Association (CBIA).

Pengasahnya yang juga Penerbit THE PAGE, Darren Teoh, menegaskan bahawa takrifan kesihatan dalam kalangan pengguna moden kini sudah melangkaui pengambilan nutrisi asas. Trend semasa menunjukkan peningkatan ketara dalam permintaan terhadap penyelesaian pengurusan kesihatan yang diperibadikan, merangkumi aspek kualiti tidur, kawalan tekanan, kesihatan usus, serta amalan perubatan pencegahan. Beliau menambah bahawa persaingan industri masa hadapan bukan lagi sekadar antara jenama, sebaliknya melibatkan kekuatan integrasi ekosistem rentas sempadan dalam membentuk gaya hidup masyarakat yang lestari.

SAYS.com
Image via The PAGE

Bagi memandu hala tuju pasaran, forum ini menstrukturkan perbincangan kepada empat fokus strategik utama

Fokus pertama menumpukan kepada analisis data tingkah laku pengguna generasi baharu, diikuti dengan fokus kedua iaitu revolusi "Functional Food" atau makanan berfungsi. Melalui inovasi formulasi, produk kesihatan yang dahulunya berbentuk kapsul atau tablet kini ditransformasikan ke dalam format yang lebih santai seperti jeli, minuman, dan gula-gula kenyal (gummies). Fokus ketiga dan keempat pula masing-masing mengupas pengalaman transformasi digital jenama tradisional serta strategi pengantarabangsaan untuk menembusi pasaran premium di Asia Tenggara, Taiwan, dan China.

Sesi perbincangan interaktif ini digerakkan oleh barisan panel penceramah terkemuka lapangan, antaranya James Pereira (Pengurus Besar MADSA), Adrian Toh (Ketua Pegawai Eksekutif R Pharmacy), dan Alex Liao (Pengurus Besar Welbloom Biotechnology). Antara pengisian yang paling mencuri tumpuan para delegasi adalah pengenalan sulung teknologi inovatif FRESH-Jelly oleh Welbloom Biotechnology dari Taiwan. Inovasi pembungkusan dan pengekalan nutrisi ini menawarkan pendekatan baharu dalam pengambilan suplemen harian yang lebih mesra pengguna, di mana para peserta turut berpeluang merasai sendiri produk tersebut menerusi sesi demonstrasi langsung.

Kehadiran lebih 80 wakil industri daripada 50 organisasi korporat terkemuka Malaysia dan Taiwan mencerminkan keberkesanan forum ini sebagai hub padanan perniagaan yang strategik. Selain daripada membuka gerbang perdagangan dan pelaburan baharu, sinergi ini secara langsung memperkukuh rantaian bekalan bioteknologi tempatan dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai pelopor pasaran produk kesihatan inovatif di rantau Asia Tenggara selaras dengan pertumbuhan ekonomi digital semasa.

SAYS.com
Image via The PAGE

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS