Foto Tular Messi Mandikan Yamal Semasa Bayi Disahkan Tulen Oleh UNICEF

Lagi ikonik gambar ni sebab final World Cup!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebaik sahaja sah perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 melibatkan Argentina dan Sepanyol, gambar lama Lionel Messi bersama Lamine Yamal ketika itu masih bayi kembali tular

Menerusi laporan Berita Harian, gambar berkenaan telah dirakam sewaktu kempen amal UNICEF memaparkan Messi memangku Yamal yang ketika itu masih bayi.

"Ya, gambar-gambar yang anda lihat itu adalah benar. Lebih 18 tahun lalu, seorang bayi bernama Lamine Yamal dan ibunya, Sheila bertemu Lionel Messi dalam satu sesi fotografi mengumpul dana anjuran UNICEF.

"Hari ini pencapaian mereka di atas padang memberi inspirasi kepada jutaan insan. Di luar padang pula, kedua-dua Messi dan Lamine Yamal menggunakan pengaruh serta platform mereka sebagai Duta Muhibah UNICEF untuk menyokong dan memperjuangkan hak kanak-kanak di seluruh dunia.

"Matlamatnya?, supaya setiap kanak-kanak mampu bertahan, berkembang dan mencapai potensi penuh mereka. Kami amat bangga mempunyai mereka dalam pasukan kami," menurut UNICEF.

SAYS.com
Image via UnicefImage via

Gambar dirakam pada tahun 2007 semasa Messi baru berusia 20 tahun

Yamal pula ketika itu baru berusia beberapa bulan, dilahirkan pada Julai 2007, sebelum ditemukan bersama bintang muda Barcelona terbabit pada ketika itu.

Walaupun Messi tidak pernah mengulas secara terbuka mengenai sesi fotografi berkenaan, beliau berulang kali memberikan pujian kepada bintang muda Sepanyol itu.

Kapten Argentina itu dalam beberapa kesempatan menyatakan bahawa Yamal adalah antara pemain yang paling mengingatkannya kepada kemunculan awalnya sendiri, selain menyifatkan Yamal sebagai antara pemain bola sepak terbaik dunia ketika ini walaupun pada usia yang masih muda.

Kali ini, ia bukan lagi untuk kalendar amal atau sesi fotografi sebaliknya di pentas terbesar bola sepak dunia dengan pertaruhan trofi kejuaraan Piala Dunia 2026.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: