seismik

[FOTO] Wanita Ini Kongsi Itinerari Dan Tips Ke Alhambra, Kota Kegemilangan Islam Dulu Kala

Korang pernah tahu tak tentang sejarah Granada di Sepanyol?

Cover image via Travelog Norhayati II / Facebook

Nama Granada mungkin kedengaran asing pada sesetengah orang. Tidak ramai yang tahu mengenai kota di Sepanyol ini.

Namun begitu, kota tersebut menjadi salah satu tempat penggambaran sebuah drama Korea bertajuk Memories Of Alhambra yang dilakonkan dua pelakon hebat iaitu Hyun Bin dan Park Shin Hye. Sejak itu orang ramai semakin mengambil tahu mengenai kota itu. 

Selain itu, kawasan itu juga turut menjadi pilihan peminat drama tersebut untuk melawat terutamanya melihatkan kecantikan seni bina di situ. 

Memories Of Alhambra.

Image via Google

Akan tetapi, tahukah anda bahawa kota tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri terutamanya dalam sejarah Islam di Sepanyol?

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Norhayati berkongsi foto semasa dia melawat kota tersebut di Facebook Backpackers Buddies Malaysia.

"Kota kemegahan dan pernah menjadi pusat pemerintahan unggul bangsa Moor di zaman kegemilangan Islam di Andalusia.

"Alhambra adalah kota terakhir jatuh ke tangan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand sebelum berakhirnya kegemilangan Islam di Andalusia," tulisnya.

Selain itu, dia turut berkongsi mengenai cara untuk melawat Kota Alhambra ini dari segi pembelian tiket dan juga pengangkutan

"Untuk menjejakkan kaki ke sini, tempahan tiket perlu dibuat 3 bulan sebelum tarikh lawatan. Berhati-hati dengan website-website yang ada kerana kebanyakannya menawarkan harga yang tinggi. Bayaran sebenar hanyalah €14.85 sahaja.

"Tiket ini membolehkan kita meneroka kota ini tanpa jemu. Aku sendiri menghabiskan masa hampir 6jam dalam kota Alhambra.

"Lapangan terbang terdekat dengan kota Granada ialah Malaga Airport dan pengangkutan paling murah menghubungkan kedua kota ini menggunakan Bas ALSA. Perjalanan selama 2jam dengan cost €11.85.

"Percayalah kembara di kota Granada adalah satu pengalaman yang terbaik sekiranya kita mempelajari sedikit sejarah Andalusia," tulisnya lagi.

Sedikit info mengenai Kota Alhambra:

Alhambra yang membawa maksud Istana Merah adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor di Granada dan terletak di selatan Sepanyol.

Memetik laporan The Patriots, bumi Sepanyol atau Andalusia ditadbir dengan baik selama 700 tahun namun itu semua berubah selepas kejatuhan Granada ke tangan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand dari Aragorn pada tahun 1492. 

Antara salah sebab kejatuhan Granada ini adalah kerana perpecahan umat Islam sendiri yang saling berperang malah dijadikan alat oleh orang Kristian yang ingin mendapatkan bumi Sepanyol. 

Sikap ini menyebabkan satu demi satu negeri di Sepanyol jatuh ke tangan Kristian serta Granada merupakan kota Islam terakhir ketika itu yang jatuh ke tangan musuh. 

Wah, cantiknya! Sememangnya Kota Granada wajib dijadikan destinasi pilihan jika melancong ke Sepanyol kelak.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: