Frasa ‘Once Broken, Considered Sold’ Tak Wujud Dalam Akta Bertulis

Walaupun anda tak wajib membeli tapi anda mungkin perlu menanggung ganti rugi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & alibaba

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda pasti pernah nampak frasa ini di premis perniagaan yang menjual barang mudah pecah atau rosak

Namun tahukah anda, polisi 'once broken, considered sold' sebenarnya tidak wujud dalam akta bertulis dan anda tidak wajib 'membeli' barang yang mengalami kerosakan.

Menerusi perkongsian sebuah firma guaman, @aimeezaimarif di Threads, frasa tersebut tidak wujud sebagai mana-mana akta bertulis, sebaliknya pelanggan mungkin mempunyai tanggungan untuk membayar ganti rugi.

"Apabila anda memegang barang tersebut dan ia terjatuh lalu pecah, tiada kontrak jual beli yang sah telah terbentuk kerana anda tidak pernah menyatakan niat atau persetujuan untuk membeli barang itu.

"Oleh itu, premis tidak boleh memaksa anda membayar harga jualan penuh (retail price) kerana anda bukan membelinya.," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wowkeren

Polisi yang bertujuan beri amaran kepada pelanggan agar lebih berhati-hati

Walau bagaimanapun, pihak kedai boleh menyaman atau menuntut ganti rugi di bawah Undang-undang Tort (Kecuaian) dengan mengemukakan bukti melibatkan beberapa elemen.

"Untuk kedai menang tuntutan ini, mereka perlu membuktikan elemen berikut seperti wujudnya kecuaian pelanggan semasa mengendalikan barang dan jika terbukti pelanggan cuai, pelanggan hanya perlu membayar Harga Kos (Cost Price) barang tersebut kepada kedai, bukan Harga Jualan (Retail Price)," menurutnya.

Tambah mereka, polisi 'once broken, considered sold' yang dipapar di kedai-kedai hanyalah sebuah notis amaran untuk mengingatkan pelanggan agar lebih berhati-hati.

"Dari segi undang-undang perniagaan. jangan terus bayar harga tag (retail price) jika anda tidak sengaja memecahkan barang.

"Minta berbincang dengan pengurus premis untuk melihat resit asal atau invois bagi mengetahui harga kos sebenar barangan tersebut untuk tujuan ganti rugi adil," katanya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: